TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

22 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

MEMANTAPKAN UKHWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH

TARIKH : 12 MAC 2010
MASA : 0800-1130
TEMPAT MULA PERARAKAN : MASJID KG GOMBANG
TEMPAT CERAMAH : SURAU SK GOMBANG


UPPM 1 telah berlalu..



Ujian Penilaian Prestasi Murid 1 (UPPM 1) telah pun berlalu pada 4 Mac 2010 dan pengemaskinian data UPPM 1 PPD Muar juga telah dilakukan pada 17 Mac 2010. Hasil yang diperolehi masih memerlukan beberapa sentuhan sebelum kilauan permata kecemerlangan membuahkan hasil. Marilah rakn seperjuangan ayuh kita gilap permata di tangan agar kilauan kecemerlangan begemerlapan. :)

02 Mac 2010

SELAMAT HARI MAULIDUR RASUL 1431H


Salam Maulidur Rasul 1431H/2010M kepada seluruh umat Islam terutama ahli keluarga dan warga pendidik SK Gombang.

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah "Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah" Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi membawa umatnya ke arah jalan yang benar, mulia dan jalan yang diberkati oleh Allah SWT.
Semoga limpah dan rahmat berkekalan kepada Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat, kerana dengan perjuangan Baginda SAW dan para sahabatlah kita dapat mengecapi kehidupan Islam pada hari ini yang menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH