TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

29 Jun 2012

Ceria dan Kondusif diutamakan..

Agenda hadiah piala pusingan keceriaan dan kelas paling kondusif diteruskan pada minggu ke 21 2012 ini... Tahun lima masih rangking yang terbaik.Hadiah rangsangan disampaikan oleh En.Zulkarnain bin Md.Said Guru Kanan 1 Sk.Gombang dan diiringi oleh En.Amir bin Buang Guru Hem Sk.Gombang.Usaha Maju Jaya.

22 Jun 2012

SEKOLAH PENYAYANG...

Untuk mewujudkan watak sekolah penyayang memerlukan komitmen semua pihak.Dari muka pintu sekolah hingga ke pentadbiran aamatlah sukar.Murid-murid adalah aset sekolah yang berharga.Tiada murid tiadalah guru yang mengajar.Wahai warga Sk.Gombang didiklah anak-anak dengan penuh sabar dan keikhlasan.Buktikan kepada diri sendiri ...kita boleh buat melahirkan murid yang cerdik dan tiada masalah 3M di sekolah.Usaha Maju Jaya... Fokuskan co-business kita...

19 Jun 2012

Agenda Kecemerlangan Diteruskan...


Add caption

Add caption

Add caption


Add caption
Add caption
Agenda kelas paling bersih dan ceria pada minggu ke 20 ini telah diraih oleh kelas tahun 5 bawah pimpinan Nor Ilyani Ahmad Mustafa sebagai guru kelas.Nampak gayanya Cikgu Yani bersemangat untuk menceriakan kelas dan persekitarannya agar kondusif.Tahniah untuk Cikgu Yani dan anak-anak muridnya.Tn.Hj.Md Dun Guru Besar Sk.Gombang  menyampaikan hadiah piala pusingan dan juga hadiah kuiz mengecam nilai murni bagi Persatuan Bahasa Melayu.Mohd Haziq juara bagi kuiz kali ini yang mampu mengecam nilai murni yang terbanyak.Tahniah semua.

11 Jun 2012

Kelas Paling Ceria dan Kemas Sebelum Cuti Sem 2

Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod menyampaikan hadiah rangsangan positif untuk kesekian kalinya bagi kelas yang terbaik dan terbersih.Kali ini tahun empat mengungguli carta daripada kelas-kelas yang lain.Teruskan usaha murni ini. Ketua kelas tahun 4 iaitu Mohd Nuriel Amsyar bin Hisham menerima plak tersebut.Usaha Maju Jaya.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH