![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwViIa4cAKDe-VcW6HG3WvlveJe8tBql7Txj2KP5xiD8HdhUAZkXboTwnjNi1p7dCair98mwf2ZEpybd9IDBrkk-P4CU8rqUxeHJDa6Mpr9rqEsh3FOsir5WQyztasWkEAyv7HjtkZLtPX/s400/hari+guru+4.jpg)
Tema Hari Guru 2010 : "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA", amat sejajar dengan jerih payah guru dalam membentuk negara yang tercinta bermula dari akar umbi sehingga lah kepada pucuk pimpinan.
Tanpa guru pasti dunia ini akan berada dalam kegelapan dan guru bukan sekadar yang berada di sekolah, kolej mahupun universiti, tetapi dialah yang menyampaikan walau sekelumit ilmu itulah jua guru. Tugas dan tanggungjawab guru amat besar dan berat kerana ia melibatkan seluruh institusi negara.
Guru sememangnya pendidik tetapi pada masa yang sama dialah "peguam", dialah "doktor", dialah "jurutera", dialah "jururawat", dialah "hakim", dialah "tukang cuci", dialah "tukang kebun" pendek kata dalam suasana pengajaran dan perbelajaran guru memainkan peranan yang pelbagai untuk membentuk modal insan yang berkualiti.
Beruntungnya guru kerana di dunia disanjungi, diingati dan dicontohi, diakhirat kelak penuh berseri-seri.
Ayuh wahai semua pendidik anak bangsa mari kita bina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan