TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

Sepatah Kata Guru Besar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah terutamanya Unit ICT SK Gombang atas usaha mewujudkan Portal Rasmi SK Gombang. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu kecemerlangan sekolah ini.

Saya juga mengharapkan semoga usaha ini selaras dengan visi dan misi kerajaan di samping meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid. Saya berharap semua murid SK Gombang dapat memanfaatkan laman maya ini sebaik mungkin demi menimba ilmu yang berkualiti dan berkesan.

Saya amat berbangga dan berpuashati atas usaha Unit ICT SK Gombang sehingga wujudnya laman portal ini. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak warga SK Gombang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi melayari laman web sekolah kami.


Semoga laman web ini akan dapat mempererat silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk menjalinkan pengantarabangsaan demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan bertaraf antarabangsa. Di samping ini diharapkan SK Gombang dapat melahirkan modal insan yang glokal.

Dengan ini, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk melahirkan anak bangsa yang berktrampilan . Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat mempertingkat usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman maya ini.

Insya-Allah,dengan doa,azam serta disiplin dan usaha yang gigih mudah-mudahan sekolah ini akan terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Pn. Nor Azila binti Hamzah
Guru Besar SK Gombang
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH