TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

02 November 2012

Persiapan Perkhemahan Pengakap Sk.Gombang







Pada 3/11/2012 sehingga 5/11/2012 akan diadakan perkhemahan pengakap peringkat sekolah.Persiapan telah diadakan sejak dari awal lagi.Mesyuarat  khas bersama AJK induk dan kecil, menyediakan peralatan logistik seperti buluh dan kawasan, alatan lampu dan tali, tempat altelnatif sekiranya hujan, lokasi pendaftaran dan pelbagai lagi persiapan untuk menjayakan aktiviti ini.Sk.Renchong dan Sk.Bukit Kepong turut serta dalam perkhemahan ini.Semoga aktiviti ini memberikan impak yang baik kepada semua demi kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

Saringan Sukantara SK.Gombang



Bermula pada 1/11/2012 jawatankuasa Sukan Sekolah SK.Gombang telah mengadakan saringan sukantara anatara murid-murid yang terdiri daripada tiga buah rumah.Rumah Merah,Biru dan Kuning masing-masing berebut-rebut untuk  menunjukkan ketangkasan masing-masing dalam semua acara.Kategori lelaki dan perempuan setiap pertandingan dinilai untuk ke peringkat akhir pada 6/11/2012 .Peringkat akhir akan diadakan juga di padang sekolah dan di rasmikan Tuan Guru Besar Sk.Gombang iaitu Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod.Peringkat saringan yang dijalankan mengutamakan acara padang dan juga balapan.Objektif utama adalah untuk mengetengahkan bakat dan ketrampilan dalam bidang sukan.Di samping  itu, untuk mencari peserta-peserta yang berkebolehan bagi mewakili sekolah ke daerah pada tahun 2013.Walaupun sekolah yang kecil namun setiap tahun sukan tetap dijalankan demi menyahut seruan kerajaan 1Murid 1 Sukan.Minda Cerdas Tubuh Cergas. Usaha Maju Jaya.

Pemantauan SPSK 2012



Pada 30/10/2012 pemantauan SPSK telah dijalankan di sekolah kami.Kunjungan dan penilaian tersebut memberikan impak yang baik kepada sistem pentadbiran sekolah.Penilaian yang mengikut verifikasi dan penarafan kendiri sekolah tidak lari jauh keputusan markah dengan keputusan pihak pemantau SPSK yang hadir pada hari itu. Walaupun kami masih di peringkat peluasan namun banyak lagi perkara yang kurang jelas tentang perlaksanaan SPSK. Dengan adanya pemantau daripada pihak PPD yang terdiri daripada Guru besar -guru besar yang terlatih dan mantap memang memberikan kebaikan yang dominan kepada sistem pentadbiran sekolah.Tuan Hj.Lokman Hassan, Puan Nazirah dan Guru Besar Ladang Lanadron menjadi pemantau dan penilai SPSK kali ini.Semoga pemantauan ini memberikan impak dan refleksi agar pentadbiran sekolah tersusun dan P&P berjalan dengan sempurna seperti dalam verifikasi yang disediakan.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH