TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

28 Januari 2010

Assalamkum dan salam 1 Malaysia

Kepada rakan2 seperjuangan,

Terlebih dahulu saya mengucapakan terima kasih kepada rakan2 kerana banyak membantu dalam pengurusan sekolah khasnya kepada en Mohd Salleh kerana banyak membantu dalam mewujudkan laman wed sekolah. Cadangan pernah saya usulkan dengan ckg Amir,namun kerana kekangan tugas maka ia hanya sebagai mimpi sahaja. Sejak tahun 2009 hingga sekarang sk kita pun telah cukup bilangan guru,ckg Anwar Fathi adalah guru baru yang mengajar kelas pemulihan.Semoga lembaran 2010 akan menambahan keceriaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
salam semua, salam 1 Malaysia.
this is my first note for 2010, sori la... lambat skit. for the 1st time,
besarla harapan...mengekalkan keputusan 100% upsr dan
tingkatkan kecemerlangan dalam semua bidang.
ayuh semua, kita gerakkan jentera!!!!

27 Januari 2010

MERAFAK TAKZIAH

"Merafak Takziah Ke Atas DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Al-Allah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang Jan 22. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah"

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

12 Januari 2010

Tahun Baru Azam Baru


Tahun 2010 pasti penuh cabaran, pastikan hala tuju, misi dan visi dicapai agar kejayaan UPSR 2010 dalam genggaman. Kelas tambahan telah bermula, program kecemerlangan sudah tersusun rapi, mulakan langkah dengan kemas, pastikan anda tidak ketinggalan dalam mengejar impian yang gemilang dan terbilang.
...........USAHA MAJU JAYA.........

10 Januari 2010

2009 Dalam Kenangan, 2010 Dalam Pembikinan

Tahun 2009 telah berlalu dan kini kita mengorak langkah baru 2010. Pastinya banyak perkara yang akan sentiasa menjadi memori sepanjang 2009. Kejayaan lalu akan menjadi pendorong untuk terus menempa kecemerlangan. Ayuh kita sambung perjuangan selagi masa masih terluang.

Wajah-wajah kejayaan 100% UPSR 2009

Tahniah!
Berkat usaha gigih dan tidak kenal erti berputus asa, kecemerlangan UPSR 2009 diteruskan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan semua programuntuk kejayaan UPSR 2009. Syabas semua.


Nurul Auni Afiqah bt Bahaman

5A



Nurul Shafawani bt Nor Alfatah

4A 1B



Siti Norshazwani bt Md Diah

3A 1B 1C



Muhammad Ridhuan bin Mohd Borhan

1A 2B 2C



Muhammad Redzuan bin Mohd Simad

1A 1B 3C




Muhammad Amirul bin Mohd Amin

1B 4C
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH