TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

15 November 2009

Aktiviti tutup buku...


Haa...cuti sekolah dah hampir bermula. Lain sekolah lain aktiviti yang dijalankan, ada yang buat sukan, ada yang berkhemah (dalam hujan :)), ada yang sambut hari kecemerlangan, hari kantin dan macam-macam hari lagi... Yang tak ketinggalan jamuan akhir tahun mesti ada, tanpanya tak lengkaplah aktiviti penutup sesi persekolahan.


Keputusan UPSR baru-baru ini pun sudah hampir diumumkan. Harapan menggunung tinggi pada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut semoga berjaya dengan cemerlang. Insya Allah..


Murid-murid yang dah nak "bertukar kulit" tu biasa la saat penghabisan inilah yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan apa yang belum lengkap di alam sekolah rendah. Selepas ini tak pasti bila kalian akan kembali menjengah kami di sini.


Peperiksaan yang bakal menyusul pada minggu ini ialah SPM dan STPM, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini.


Minggu ini di SK Gombang akan berlangsung


Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kantin.



Tarikh : 17/11/12009

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang



**Gerai jualan

**Teka biji betik

**Hadiah menarik disediakan



Semua dijemput hadir memeriahkan lagi suasana majlis.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH