TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

15 November 2009

Aktiviti tutup buku...


Haa...cuti sekolah dah hampir bermula. Lain sekolah lain aktiviti yang dijalankan, ada yang buat sukan, ada yang berkhemah (dalam hujan :)), ada yang sambut hari kecemerlangan, hari kantin dan macam-macam hari lagi... Yang tak ketinggalan jamuan akhir tahun mesti ada, tanpanya tak lengkaplah aktiviti penutup sesi persekolahan.


Keputusan UPSR baru-baru ini pun sudah hampir diumumkan. Harapan menggunung tinggi pada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut semoga berjaya dengan cemerlang. Insya Allah..


Murid-murid yang dah nak "bertukar kulit" tu biasa la saat penghabisan inilah yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan apa yang belum lengkap di alam sekolah rendah. Selepas ini tak pasti bila kalian akan kembali menjengah kami di sini.


Peperiksaan yang bakal menyusul pada minggu ini ialah SPM dan STPM, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini.


Minggu ini di SK Gombang akan berlangsung


Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kantin.



Tarikh : 17/11/12009

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang



**Gerai jualan

**Teka biji betik

**Hadiah menarik disediakan



Semua dijemput hadir memeriahkan lagi suasana majlis.

27 Oktober 2009

Peperiksaan akhir tahun 2009

Selamat menduduki Peperiksaan akhir tahun untuk smua murid2 SKG. Jawab soalan btul2 dan pastu doa & tawakkal pd Allah. Smua guru doakan yang terbaik. Smua guru meletakkan harapan yg tinggi agar murid2 berjaya. klau kputusan cemerlang, smua pun senang, GB pun sayang! tp klau tak cmerlang.... abislaa, masalah datang melayang. Personally, I think, everybody shoul excell. mane taknye, semuanya cukup sifat, tambah plak, kmudahan smua cukup lengkap, ilmu yg ckgu2 curah smpai mlimpah ikut tingkap!!!
yang tinggalnya nak dgn tak nak je..
Wahai anak2 didikku sayang, fikirkanlah sesuatu untuk msa dpan yang terjamin...
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Klau asyik brdalih, nanti masa depan jerih!
Puas dah cikgu nasihat, puas jugak kena bebel. klau malas belajar & degil jugak,
hantar masuk jel!!!! Nak?????

08 Oktober 2009

Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

Aidilfitri tahun ini hampir melabuhkan tirai jom serang rumah terbuka yang masih ada :D Kunjung-mengunjung dan saling maaf-memaafi amatlah dituntut dalam ajaran Islam yang syumul. Majlis seumpama ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Sambil tu inilah masanya untuk mengumpul duit raya yang masih belum selesai...
Masih lagi kedengaran bunyi mercun terkadang memecah keheningan malam yang membingitkan suasana. Namun yang pasti setiap kali tiba hari raya inilah antara "hidangan" yang pasti tidak ketinggalan.
Kepada yang masih bermain mercun berhati-hatilah supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. jika boleh kita simpan duit mercun itu kerana amalan menabung adalah lebih baik daripada membakar duit dengan mercun :)

28 September 2009

Selamat Kembali Bertugas Sambil Beraya :)

Assalamualaikum...
Ramadhan yang penuh barakah telah pun meninggalkan kita dan insya Allah semoga kita akan berkesempatan untuk Ramadhan yang akan datang.
Dah seminggu beraya pastinya badan masing-masing naik lemau dengan kuih raya :D Namun harapannya kita semua bersyukur dan bergembira dengan kurniaan Allah Yang Maha Penyayang untuk kita semua ummat Islam seluruh dunia.
Meskipun bau kuih raya masih lagi melekat dan melekit :) tapi tugas perlu diteruskan baik guru mahupun pelajar, marilah kita bersama-sama terus mengembeling tenaga untuk kejayaan peperiksaan yang mendatang (khususnya) dan kejayaan di dunia dan akhirat (amnya).
Selamat kembali bertugas, mengajar dan belajar untuk semua.


20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya...hari untuk kita bersukaria...selamat kami ucapkan...untuk kita hingga samapai tahun depan...selamat hari raya... :D

17 September 2009

CUTI KHAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Berita gembira buat semua warga sekolah seluruh Malaysia esok (18/09/2009) diishtiharkan Cuti Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Ini membolehkan mereka yang jauh di perantauan dapat merancang perjalanan dengan lebih baik, dan bagi mereka yang belum membuat persiapan untuk menyambut Hari raya Aidilfitri pula dapat memanafaatkan masa yang ada untuk membuat persiapan terakhir. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan meriah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Assalamualaikum... Raya dah dekat. Puasa dah hampir meninggalkan kita. Kita renung-renungkan kembali segala amalan yang telah kita lakukan, apakah amalan kita diterima oleh Allah Azza Wa Jalla?
Berdoalah kita semoga dengan rahmatNYA segala amalan baik kita diterima dan diampunkan segala dosa.

Masa yang telah berlalu tak mungkin kan kembali. Peluang Ramadhan yang masih ada untuk tahun ini perlu kita manafaatkan sebaik-baiknya kerana belum pasti kita akan dapat menyambut Ramadhan akan datang.

Petikan daripada sebuah hadith Rasulallah Sallallahu Alaihi Wasallam rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit
Kaya sebelum Miskin
Hidup sebelum Mati

SELAMAT BERCUTI
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SELURUH WARGA SK GOMBANG

08 September 2009

UPSR KEMBALI LAGI...



SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

Tahun Satu = Perlu ditunggu

Tahun Dua = Dah suka

Tahun Tiga = Makin ceria

Tahun Empat = Tambah erat
Tahun Lima = Usaha bersama-sama
Tahun Enam = Tak boleh duduk diam (sebab kena ulangkaji untuk peperiksaan daa...)
moga-moga usaha selama hampir enam tahun membuahkan hasil yang membanggakan... ^_^


"Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan rahmatMu Yang Maha Agung, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada semua anak didik kami dalam peperiksaan UPSR ini. Teguhkanlah dan tambahkanlah iman kami seiring bertambahnya ilmu kami ya Allah. Golongkanlah kami di dalam golongan orang yang sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat."

UPSR 2009

Hari ni, murid2 tahun 6 nula periksa.....
cikgu2 yang lebih2 risau, mana taknye...
murid bila dah abis periksa diorang dah lega.
yg cikgu plak sibuk2 nak tanda jawapan budak,
selang tak lama nanti, bila keputusan nak keluar lagi la kcut perut!!!
klau keputusan ok, cikgu senyum lebar.......
klau tak ok, nak jawab camne ni???????????

31 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"1 Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan"


Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke 52.
Pastinya anda juga menonton siaran sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 yang berlangsung di hadapan Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pagi tadi.
Walaupun sambutan kali ini sederhana sahaja namun inilah yang terbaik pada bulan Ramadhan yang mulai ini.
Sedar atau tidak sepertiga pertama Ramadhan sudahpun berlalu. Tetaplah kita beribadah berterusan di bulan penuh rahmat ini yang belum pasti akan berulang buat kita.
Sentiasalah kita berdoa dan berusaha semoga suasana aman dan harmoni yang kita kecapi ini akan berterusan selama-lamanya.
Segala yang ada tidak mampu kita kekalkan tanpa semangat cintakan agama, bangsa dan negara serta sokongan padu seluruh rakyat Malaysia juga.


1 Malaysia


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

23 Ogos 2009

Alahamdulillah... Selamat Berpuasa :) ^_^ :) ^_^ :) ^_^

Ramadhan Al Mubarak, kehadiranmu dinantikan. Kurniaan ALLAH Yang Maha Esa untuk para umat Muhammad Rasulallah, umat akhir zaman. mari kita bersama-sama menggandakan amalan di bulan ini dan berusaha sedayanya mendapatkan Lailatul Qadr yang istimewa.
Selamat berpuasa... :) ^_^

20 Ogos 2009

Kampus ASTRO di PEKEMBAR Pagoh



Assalamualaikum... hari ini, 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430H, di PEKEMBAR Pagoh berlangsungnya Program Kampus ASTRO khas untuk murid-murid sekolah daerah Muar. Program-program seumpama ini diharapkan dapat membuka minda serta menjana pemikiran saintifik melangkaui kaedah pembelajaran yang biasa. Kaedah yang menggabungkan lebih banyak penggunaan pancaindera dalam pembelajaran sememangnya telah terbukti lebih berkesan berbanding kaedah yang lain. bersama-sama kita memanafaatkan kemudahan yang ada dan jangan disalahgunakan... Selamat maju jaya... :)


18 Ogos 2009

UPPM 4 bermula hari ini


UPSR semakin hampir, segala persiapan terakhir perlu di mantapkan dalam mengejar Misi Kecemerlangan UPSR 2009. Mari kita bersama-sama berganding bahu menjayakan misi ini secara langsung ataupun tidak. Untuk berjaya sentiasalah amalkan D. U. I. T.

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.

12 Ogos 2009

Solat Hajat Perdana

Esok malam, ramai yang akan sama-sama mendoakan kejayaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR di daerah Muar ni khususnya. Besarlah harapan kami agar yang hadir nanti dapat memohon seikhlas hati demi kejayaan anak-anak didik kami.
Semoga majlis solat hajat bukan sahaja memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6, malah memberi sejuta kebaikan kepada semua kita yang beriman, Insya Allah.

05 Ogos 2009

PECUUUUUUUTTTTTTTTTTTT.......

Minggu ni dah mula nak memecut. jangan la plak ada yang tercicir!!!! sape cicir, tak sempat dah nak kutip.

03 Ogos 2009

Program Pecutan UPSR

Minggu ini bermulanya Program Pecutan UPSR 2009.

Bulan Kemerdekaan 2009, Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 52

Bismillahirrahmanirrahim…
Salam kemerdekaan buat semua pengunjung skgombang, pertama sekali marilah sama-sama kita mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita terus menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang aman damai dan bertuah ini.
Sepertimana kita semua ketahui bulan ogos adalah bulan bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana pada 31 Ogos setiap tahun kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Sedar tak sedar sudah 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah…
Sehubungan dengan itu, tema sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 52 pada tahun ini ialah "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Kebiasaannya pelbagai aktiviti yang berkaitan Bulan Kemerdekaan sudah bermula, contohnya mengibarkan jalur gemilang, pertandingan mencipta logo, melukis poster, puisi, menulis cerpen, fesyen, teater, drama dan pelbagai acara lain.
Mari kita imbas tema-tema hari kemerdekaan dulu dan kini. Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

31 Julai 2009

Ceramah Kesihatan H1N1

Wabak Influenza H1N1 atau dikenali juga sebagai Selsema Babi semakin hari semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk dunia kerana wabak ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Sehingga kini sudah beratus-ratus buah sekolah di negara ini telah dikuarantin berikutan penularan wabak ini. Wabak ini amat mudah berjangkit dan dikhuatiri ramai lagi mangsa terbaru yang akan terkena wabak ini. Para ibu bapa / penjaga dan seluruh masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelak dari dijangkiti wabak ini. Pihak kerajaan juga telah melakukan beberapa inisiatif dalam menangani wabak ini dari terus merebak, diantaranya ialah melarang kakitangan kerajaan agar tidak menjalankan aktiviti ke luar negara buat sementara waktu ke negara-negara yang terlibat dengan wabak ini. Pihak kerajaan juga telah mengadakan usaha penerangan tentang wabak ini. Justeru, Pejabat Kesihatan Daerah Muar telah menghantar Ketua Jururawat Pn. Zaiton Bt Abdul Rahman untuk sesi peneranga bagi Zon Lenga untuk tujuan tersebut. Pada 29 Julai 2009 (Rabu) sekolah ini telah didatangi oleh beliau untuk Ceramah Kesihatan H1N1 tersebut.


Kata-kata aluan dari Cikgu Amir mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah memberi penerangan tentang wabak H1N1 yang saban hari semakin menular di kalangan penduduk dan pelajar di Malaysia.



Ketua Jururawat Zaiton Bt Abdul Rahman sedang tekun menyampaikan ceramah, banyak input-input baru yang diperolehi oleh para pelajar dan guru. Penerangan yang terperinci diberikan dan sebarang soalan serta kemuskilan dijawab dengan tepat.


Khusyuk mendengar ceramah. Terima kasih kepada Ketua Jururawat Zaiton Bt Abdul Rahman, kerana sudi menyampaikan ceramah yang amat berguna ini. Diharapkan para pendengar dapat menagmbil iktibar dan mengamlkan langkh-langkah yang telah disampaikan oleh beliau.

30 Julai 2009

Aktiviti Bulan Kecergasan

Pada 23 Julai 2009, warga sekolah ini telah menjalankan aktiviti senamrobik bersempena Bulan Kecergasan. Aktiviti ini dijalankan menggunakan modul JRobik daripada JPNJ. Semua peserta memberikan kerjaama yang padu dalam menjayakan aktiviti ini.


Bermula dari persiapan kelengkapan ICT untuk memudahkan, merancakkan dan menambahkan semangat untuk senaman JRobik.



Perbincangan kesihatan dan aktiviti spa seterusnya... :D



Semua bersemangat dan bersungguh-sungguh tuu....









Tahniah dan terima kasih semua... semoga boleh diamalkan berterusan, kesihatan jasmani dan rohani :)

21 Julai 2009

We are lucky...

See how difficult and poor thing that many children have to go thru this suffering in the the 3rd world countries…
Jainalworks in silver cooking pot factory. He is 11 years old. He has beenworking in this factory for three years. His work starts at 9 a.m. andends at 6 p.m. For his work he gets 700 taka (10 USD) for a month. Hisparents are so poor that they can not afford to send him to school.According to the factory owner, the parents do not care for theirchildren; they send their kids to work for money and allegedly don'tfeel sorry for these small kids. Dhaka 2008 A young laborer making metal components at a factory. Dhaka.Bangladesh 13-year-oldLiyakot Ali works in a silver cooking pot factory in Old Dhaka . Thechildren work 10 hour days in hazardous conditions, for a weekly wageof 200 taka (3 USD). Dhaka . Bangladesh . June 2008 A child on the side of the road attempts to sell roses to passing commuters in cars and buses. Dhaka . 7-year-oldJasmine collects rubbish from a steaming rubbish heap on a cold wintermorning. She earns money to support her family by scavenging for itemson the Kajla rubbish dump. It is one of three landfill sites in a cityof 12 million people. Around 5,000 tons of garbage are dumped here eachday and more than 1,000 people work among the rubbish, sorting throughthe waste and collecting items to sell to retailers for recycling.Children at a brick factory in Fatullah. For each 1,000 bricks they carry, they earn the equivalent of 0.9 USD. A young girl working in a brick crushing factory in Dhaka .Children at a brick factory in Fatullah. For each 1,000 bricks they carry, they earn the equivalent of 0.9 USD. Handsof 8-year-old Munna while working in a rickshaw parts making factory.He works 10 hours a day and gets 8 USD for a month. Dhaka 2007. Ten-year-old Shaifur working in a door lock factory in Old Dhaka . Unlike his colleague, Shaifur works without a mask. Eight-year-oldMunna works in a rickshaw factory. He earns about 500 taka (7 USD) amonth, working 10 hours a day. When the production often stops due tolack of electricity, he has time to play. Dhaka 2007 Childrenare compelled to work for long working hours with inadequate or no restperiod. Moreover, they are paid with minimum wages and enjoy no jobsecurity. Many people prefer to employ young boys to maximize servicesfor those minimum wages. Dhaka 2006. Thirteen-year-oldIslam works in a silver cooking pot factory. He has been working at thefactory for the last two years, in hazardous conditions, where it iscommon practice for the factory owners to take on children as unpaidapprentices, only providing them with two meals a day. 17.5percent of children in the aged 5?5 are engaged in economicactivities. Many of these children are engaged in various hazardousoccupations in manufacturing factories. Dhaka 2006. Eight-year-oldRazu works in a rickshaw factory. He earns about 500 taka (7 USD) amonth, working 10 hours a day.
When the production often stops due tolack of electricity, he has time to play.
Thanks to ALLAH, we are lucky compared to them.
Tahniah cgu-cgu sk gombang..anda semua sedang bekerja keras untuk peningkatan UPSR akan datang..

07 Julai 2009

RENUNGAN HARI INI....

Dalam riwayat Bukhari dari abu hurairah bahwa Rosulullah SAW. bersabda : "Kiamat tidak akan terjadi…… sehingga orang orang berlomba lomba meninggikan Bangunan. dan dalam riwayat Muslim : jika kamu melihat orang-orang yang tidak beralaskan kaki dan bertelanjang badan, para penggembala kambing, yang berlomba-lomba meninggikan bangunan."
Siapakah para penggembala kambing dan orang yang tidak beralas kaki, bagaimana mungkin orang -orang seperti mereka mampu membangun gedung-gedung bertingkat? mana mereka mampu?
Dalam hal ini sebagian sahabat ada yang menanyakan hal itu kepada nabi sebagaimana yang disebutkan dari ibnu abbas, ia bertanya "Wahai Rosulullah, siapakah para penggembala kambing yang tidak beralas kaki dan bertelanjang badan, kelaparan dan miskin itu? beliau bersabda :" Orang-Orang arab (HR. Ahmad)"
Bangsa arab yang dulu hanya bekerja pada sektor peternakan kambing, menggembala unta tidak beralas kaki, kini mereka tinggal di perkotaan lalu membangun gedung gedung pencakar langit.
Kalau kita lihat cetak biru kota mekah, makakita saksikan rumah-rumah dan istana-istana yang ada di sekeliling Masjidil haram itu lebih tinggi dari masjid itu sendiri, cetak biru Kota Makkah di masa depan yang dari atas juga menyerupai simbol Dewa Matahari. Kabah di Mekkah akan dikelilingi enam jalur jalan. Enam titik jalur ini jika dihubungkan secara “lompat satu” akan membentuk simbol Hexagram atau Bintang David. Alangkah ironisnya nanti jika simbol Bintang David akan juga ada di mekah!
Al Azraqi dalam kitab Akhbaru Makkah meriwayatkan dari yusuf ibnu malik dimana ia berkata:" Ketika aku duduk bersama Abdullah bin amru bin ash maka ia tiba tiba menoleh kepada sebuah rumah yang tingginya melebihi tinggi bukit abu Qubais, maka ia berkata : apakah ini sebuah rumah? saya jawab "Ya" maka ia (abdullah) berkata " Apabila engkau melihat rumah-rumah di mekah melebihi tingginya dari dua bukit makah ini dan perutnya mengalirkan sungai-sungai maka kiamat sudah dekat".





Sumber: http://eradajjal.blogspot.com/2009/05/arab-dan-kiamat.html

05 Julai 2009

Minggu Gerak Gempur UPSR

Esok 6 Julai 2009 bermula siri Gerak Gempur UPSR untuk Daerah Muar. Program ini disasarkan kepada semua calon Near Miss UPPM 2 yang lalu. Program seumpama ini diharapkan agar dapat meningkatkan prestasi para pelajar ke tahap yang terbaik bagi mereka sebelum menghadapai Ujian Percubaan pada 14 - 16 Julai ini, dan seterusnya bekal bagi menghadapi Peperiksaan UPSR pada 8-10 September nanti. Usaha perlu digandakan memandangkan baki masa yang ada terlalu singkat dan sudah tiada masa lagi untuk leka bersenda-gurau. Ayuh pelajarku sahutlah cabaran 5A yang diajukan padamu, jangan sia-siakan apa yang telah ditimba dan usaha yang telah lama disemai.

"JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA."

Buku Pelawat / Guestbook

Terima kasih kerana sudi melayari laman maya kami. Sudilah kiranya mengisi buku pelawat sama ada dengan mengisi "Catat Ulasan" di bawah ini atau pada panel "Ruang Sembang - ShoutMix". Sila kunjungi kami lagi :)

Thank you for visiting our blog. Please sign our guestbook by leaving "Comment" or by using "Ruang Sembang - ShoutMix". See you again. :)

30 Jun 2009

semalam dah berlalu, Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan, bersyukurlah..



Give Thanks To Allah

“Give thanks to AllahFor the moon and the stars
Prays in all day full
What is and what was
Take hold of your imaan,
Dont give in to shaitaan
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allah-hu-Gafoor,
Allah-hu-raheem,
Allah-hu-yuhibbul-muhsineen
Wa-Khaliqunna
Wa-Raaziqunna
Wa-Huwa-alakulli-shai-in-qadeer
Allah is Gafoor,
Allah is Raheem,
Allah is the One who loves the mohsineen
He is our Creator,
He is our Sustainerand
He is the One who has power over all”.

Semalam tanggal 29 Jun 2009, Hari HOL bagi Negeri Johor. Telah berlalu satu lagi hari yang tak mungkin kan kembali.

Hari ini...

Hari baru bermula lagi. Alhamdulillah, syukur pada Allah Azzawajalla kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah dan masih berpeluang mengucapkan istigfar juga bertaubat dari segala kesilapan lalu... Allah Maha Agung, Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi hamba-hambaNya.


Hari ini persekolahan seperti biasa, Tahun 6 yang semakin hampir tarikh Peperiksaan UPSR, menggunakan masa yang masih tersisa rakus menambah ilmu agar akan datang tiada sesalan. Teruskan usahamu wahai para pencinta ilmu yang dikashi Allah, semoga rahmat dan kurniaan Allah sentiasa bersamamu.





27 Jun 2009

hari sabtu sekolah seperti biasa

biar susah-susah dahulu, bercuti-cuti di hari raya.
hari nie sekolah beb.. tak pe lah... cuti raya lama sikit... leh gi umah member2.. klu ade mertua atau bakal mertua leh lepak lama sikit kat dia org.... kalau lah... klu tak de... lepah kat umah sendiri je...

26 Jun 2009

sedikit perubahan tamplate blog..

assalamualaikum...
sedikit perubahan pada laman blog agar lebih baik. sebarang cadangan boleh di cadangkan :)

24 Jun 2009

Selamat datang ke laman maya SK Gombang

Selamat datang ke laman maya SK Gombang. Laman ini masih dalam pengemaskinian. Sila layari dalam sedikit masa lagi. terima kasih...
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH