VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Kampus ASTRO di PEKEMBAR Pagoh


Assalamualaikum... hari ini, 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430H, di PEKEMBAR Pagoh berlangsungnya Program Kampus ASTRO khas untuk murid-murid sekolah daerah Muar. Program-program seumpama ini diharapkan dapat membuka minda serta menjana pemikiran saintifik melangkaui kaedah pembelajaran yang biasa. Kaedah yang menggabungkan lebih banyak penggunaan pancaindera dalam pembelajaran sememangnya telah terbukti lebih berkesan berbanding kaedah yang lain. bersama-sama kita memanafaatkan kemudahan yang ada dan jangan disalahgunakan... Selamat maju jaya... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan