TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

03 Ogos 2009

Bulan Kemerdekaan 2009, Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 52

Bismillahirrahmanirrahim…
Salam kemerdekaan buat semua pengunjung skgombang, pertama sekali marilah sama-sama kita mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita terus menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang aman damai dan bertuah ini.
Sepertimana kita semua ketahui bulan ogos adalah bulan bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana pada 31 Ogos setiap tahun kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Sedar tak sedar sudah 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah…
Sehubungan dengan itu, tema sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 52 pada tahun ini ialah "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Kebiasaannya pelbagai aktiviti yang berkaitan Bulan Kemerdekaan sudah bermula, contohnya mengibarkan jalur gemilang, pertandingan mencipta logo, melukis poster, puisi, menulis cerpen, fesyen, teater, drama dan pelbagai acara lain.
Mari kita imbas tema-tema hari kemerdekaan dulu dan kini. Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

1 ulasan:

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH