TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

31 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"1 Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan"


Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke 52.
Pastinya anda juga menonton siaran sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 yang berlangsung di hadapan Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pagi tadi.
Walaupun sambutan kali ini sederhana sahaja namun inilah yang terbaik pada bulan Ramadhan yang mulai ini.
Sedar atau tidak sepertiga pertama Ramadhan sudahpun berlalu. Tetaplah kita beribadah berterusan di bulan penuh rahmat ini yang belum pasti akan berulang buat kita.
Sentiasalah kita berdoa dan berusaha semoga suasana aman dan harmoni yang kita kecapi ini akan berterusan selama-lamanya.
Segala yang ada tidak mampu kita kekalkan tanpa semangat cintakan agama, bangsa dan negara serta sokongan padu seluruh rakyat Malaysia juga.


1 Malaysia


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH