TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

29 Ogos 2012

Menziarahi Pn.Norsholehan tanda prihatin.

Seorang pekerja pembersihan Sk.Gombang  telah mengalami bisa hati dan perut menyebabkan terlantar sakit di rumah.Guru besar dan warga sekolah sebagai tanda prihatin telah melawat dan memberi nasihat agar membuat rawatan yang sebaiknya demi kesihatan beliau.Pn.Norsholehan bte Mokhtar adalah seorang pekerja yang senior dan telah berkhidmat lama di sekolah ini.Beliau banyak menyumbangkan tenaga bagi mengemaskinikan keceriaan dan kekemasan kawasan sekolah.Warga sekolah mendoakan agar beliau cepat sembuh dan pulih agar dapat berkerja seperti sediakala.

Mesyuarat Kurikulum kali ke-4 Sk.Gombang

Pada 28/08/2012  hari Selasa bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang, mesyuarat kurikulum kali ke-4 telah diadakan di bilik mesyuarat. Banyak perkara yang dibincangkan bagi memastikan tahap akademik dan akitiviti sekolah berjalan dengan seiring dan lancar.Perbincangan untuk mengadakan solat hajat,sambutan raya peringkat sekolah dan majlis perpisahan mantan Guru besar yang lama iaitu Hjh.Normah bte Hasshim serta meraikan Tn.Hj.Md.Dun sebagai guru besar yang baru di Sk.Gombang.Seterusnya perbincangan SPSK,fail PBS, perkhemahan, lawatan, Sukan tahunan, kem 1 Malaysia serta banyak lagi perbincangan tentang hal ehwal akademik.Jua disentuh hem dan program selepas UPSR.

Majlis Khatam dan Tadarus Al Quran 2012

Bertempat di surau sekolah, Majlis Khatam dan Tadarus Al-quran telah dijalankan pada 15/8/2012 bersamaan 26 Ramadhan 1433H.Atur cara yang disusun khas bermula dengan bacaan yassin dan solat hajat.Disusuli dengan majlis tadarus dan khatam Al-Quran.Kemudian, penyampaian sijil dan cenderamata  kepada pelajar yang telah menjayakan majlis.Ucapan guru besar dan rakan-rakan guru sempena hari raya.Setelah itu latihan marhaban serta penyampaian duit raya kepada murid-murid.Agenda tersebut telah memberikan impak yang positif dan mencerminkan semangat kekitaan antara warga sekolah.Usaha Maju Jaya.

Pelancaran Perasmian Kemerdekaan Peringkat Sk.Gombang

Pada hari Isnin bersamaan 27/8/2012 yang lalu GB Sk.Gombang Tn.Hj.Md Dun Bin Mahmod telah merasmikan Kemerdekaan tahun 2012 peringkat sekolah  semasa perhimpunan mingguan.Ucapan dan bacaan sajak telah diperdengarkan kepada murid-murid dan guru-guru.Begitu juga nyanyian patriotik telah sama-sama didendangkan bagi membangkitkan semangat cintakan negara tercinta.Dengan pelancaran ini,pelbagai program telah disusun untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Marhaban ya Marhaban SK.Gombang 2012

Sekolah Kebangsaan Gombang bersama Sekolah Agama Gombang telah mengadakan kunjungan marhaban ke rumah-rumah penduduk kampung Gombang pada hari raya yang ke tujuh iaitu 25/8/2012.Suasana yang mesra dan muhibbah dapat dipupuk dalam menjayakan aktiviti ini.Guru Besar Sk.Gombang, Tn.Hj.Md Dun bin Mahmod tidak ketinggalan bersama-sama meredah keheningan pagi sehingga lewat petang berselawat dan melafazkan kalimah marhaban ke rumah-rumah.Anak-anak murid, guru-guru serta warga PIBG  berasa seronok dan mahu meneruskan tradisi marhaban ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Penyampaian Wang Kwapm kepada Pelajar tahun 1

Guru Besar telah menyempurnakan penyerahan wang kwapm kepada ibu pelajar tahun 1 di rumahnya.Wang tersebut diserahkan pada 15/8/2012 yang  lalu.Wang tersebut diharapkan dapat membantu murid tersebut dari segi pembelian peralatan persekolahan dan pakaian.Ibu murid iaitu Pn.Haliza bte Mahat menerima sumbangan tersebut dengan hati yang terbuka.Kelihatan rumah persekitaran dan pendapatan  yang kekurangan membuatkan anak beliau layak menerima kwapm iaitu Shahrizan bin Norizan berada dalam tahun 1.Semoga pemberian dan bantuan KPM ini memberi manfaat dan pendorong untuk murid ini belajar dengan sempurna.

14 Ogos 2012

Sumbangan Duit Raya UTHM

Pihak UTHM telah berbesar hati memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah yang berada di Parlimen Pagoh termasuk Sk.Gombang. Seramai 4 orang murid yang terdiri daripada anak yatim dan murid miskin menerima sumbangan beg ,alat tulis dan wang hari raya daripada mereka.Pihak sekolah berterima kasih kepada Dr. Mohd Sukeri bi Mustafa Ketua PerhubunganUniversiti dan Masyarakat UTHM atas sumbangan tersebut.Semoga dapat diteruskan usaha murni ini pada tahun hadapan.

Tahun 3 Juara Keceriaan Kelas

Minggu ini pula iaitu minggu ke 28 tanggal 13/8/2012 tahun 3 telah menjuarai kelas paling ceria dan bersih.Tn.Hj.Md Dun Mahmod, GB Sk.Gombang menyampaikan piala pusingan.

Solat Hajat UPSR 2012

Solat Hajat UPSR telah dijalankan di Masjid Jamek Kampung Gombang.Solat Hajat UPSR 2012 ini dikelolakan oleh pihak sekolah bersama PIBG dan turut serta menjayakannya Pemuda UMNO Gombang.Tazkirah Ramadhan,Majlis berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Solah Hajat digabungkan bersama dalam satu majlis khas di masjid tersebut.Imam 2 Ledang  diberi tanggungjawab mengimamkan solat hajat tersebut.Semoga UPSR  tahun ini membuahkan hasil yang dimpi-impikan.Insya Allah.

Bengkel Myspata

En.Amir ditugaskan menghadiri bengkel Pengunaan Sistem Myspata di Dewan Mesyuarat SMK  Seri Bukit Pasir Muar. Banyak perkara yang diperkatakan dan dibincangkan semasa sesi bengkel tersebut.Password dan kata laluan belum dapat disempunakan.Namun Bahagian Unit Pembangunan PPD sedia memberi kerjasama.

Perhimpunan Di Kaki Lima sahaja

Pada 6 0gos 2012 murid-murid terpaksa membuat rutin perhimpunan mingguan di pinggir kelas kerana hujan turun dengan renyai-renyai.Dikhuatiri menjejaskan kesihatan murid.Walaubagaimanapun perhimpunan tetap diteruskan dengan agenda ucapan dan nyanyian seperti lazimnya.

02 Ogos 2012

BENGKEL SPSK

Minggu ini dijadikan sebagai minggu SPSK.Sebagai peneraju Sk.Gombang Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod begitu prihatin dengan penambahbaikan dan kecemerlangan dari segi pengurusan sekolah.Bermula pada 30/07/2012  sehingga 2/7/2012 pihak sekolah telah mengadakan perbengkelan tentang SPSK.Setiap guru mengambil peranan dalam menjayakan pengurusan SPSK.1.30 p.m bermulanya sehingga 4.00 p.m masa yang diambil dan perbincangan demi perbincangan untuk mencari formula yang terbaik dalam menjayakan SPSk di sekolah.Semoga ia berjaya dan terus berjaya.

01 Ogos 2012

Ramadhan al-Mubarak...di Sk.Gombang

Setiap pagi sebelum masuk waktu P&P dan waktu rehat , guru dan murid-murid membaca Al-Quran bagi melengkapkan tadarus Al-Quran demi memuliakan bulan Ramadhan al-Mubarak ini.Semoga bacaan Al-Quran ini dapat menyemaikan bibit-bibit keberkatan dalam diri murid dan warga sekolah.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH