TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

31 Ogos 2010

Bapa Kemerdekaan

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"

Tanggal 31 Ogos 2010 tarikh hari ini, menunjukkan negara tercinta Malaysia Menjagkau Usia kemerdekaan Ke-53. Alahamdulillah, sudah lebih setengah abad kita semua mengecapi kemerdekaan setelah dijajah oleh Portugis, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula. Seharusnya kita semua bersyukur dan terus berjuang dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara berdaulat ini. Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini lahir dari susah payah para pejuang yang tidak mengenal erti gentar dan putus asa dalam melawan penjajah dan anasir-anasir jahat yang cuba meleburkan hasrat kemerdekaan. Generasi hari ini perlu dengan bersungguh-sungguh mengembling seluruh tenaga dalam mengeratkan perpaduan yang ada demi membina negara yang berjaya serta mengukuhkan kedudukan negara di persada dunia.

Hari ini dalam sejarah, Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.

Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

28 Ogos 2010

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53


Saban tahun kita meraikan dengan penuh keriangan dan kesyukuran tanggal 31 Ogos, menandakan ulang tahun kemerdekaan negara kita; Malaysia yang tercinta. Negara kita telah melalui pelbagai onak duri sebelum, semasa dan selepas penjajahan yang akhirnya melahirkan sebuah negara yang harmoni seperti hari ini.
Kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini tidak akan hadir tanpa toleransi tinggi antara semua penduduk Malaysia. Seharusnya kita berbangga kerana dilahirkan di bumi bertuah ini dan marilah kita bersama-sama terus membangunkan dan mempertahankan negara kita dengan penuh semangat perpaduan.
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. 1Malaysia Menjana Transformasi.

Tips belajar saat akhir


Peperiksaan UPSR 2010 semakin hampir. Pelbagai ilmu telah dicurah oleh guru untuk para pelajar, semoga apa yang dipelajari dimanafaatkan sepenuhnya oleh mereka. Namun tidak tidak kira di peringkat mana sekali pun masih ada yang suka belajar di saat-saat akhir.

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

1. Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
2. Yakin terhadap kebolehan diri
3. Masa rehat perlu secukupnya
4. Hapuskan tabiat suka tidur
5. Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
6. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

27 Ogos 2010


Cepatnya masa tidak terasa,
Sebulan puasa hampir berlalu,
Tepuklah dada tanya selera,
Adakah amalan dah cukup jitu?

Hari raya setahun sekali,
Pelbagai hidangan hendak dijamah,
Rumah dah hias cantik berseri,
Semoga Aidilfitri disambut meriah.

Bangun bersahur di pagi hari,
Menahan lapar hingga ke senja,
Hamba menyusun sepulah jari,
Ampunkan semua salah dan dosa.

Satu dua tiga dan empat,
Lima enam tujuh dan lapan,
kepada sesiapa yang rasa sempat,
Datangla rumah janganle segan...

Ketupat, lemang rendang serunding,
Juadah wajib pembuka selera,
Lepas raya kepala pun pening,
Macam-macam masalah, sabar ajelaaa...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
(eh, awal sangat tak? takpe, memang saje nak jadi the first to wish!!!)

26 Ogos 2010

Duit Raya 2010

'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

11 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum...

Salam Ihya Ramadhan utk semua.. Ahlan Ya Ramadhan.. Semoga diberi kekuatan olehNya utk melakukan segala ibadah di bulan yg mulia ini... "..Sesungguhnya Ramadhan itu awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN... dan akhirnya, PEMBEBASAN dari api neraka.."..jadi marilah kita menunaikan ibadah puasa..


Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR, teman yang paling akrab adalah AMAL, pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM, bahasa yang paling manis adalah SENYUM dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK...Dalam keluhuran bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. Semoga tahun ini amalan ibadah kita semua lebih baik dari yang lepas.. Amin..
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH