TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

30 Julai 2012

TAHUN 5 BERTAKHTA KEMBALI...

Minggu ke 26 ini  ...bertuah untuk tahun lima yang merampas kembali piala pusingan kelas paling ceria dan terbersih.Tahniah buat Pn.Nor Ilyani guru kelas yang sentiasa tak henti-henti menacap dan mencantikkan kelas.Teruskan usaha anda.Usaha maju jaya.

25 Julai 2012

Mesyuarat Pengurusan Aset

Sk.Gombang menjalankan taklimat dan perbengkelan tentang pengurusan aset Alih Kerajaan.Guru Besar, Tn. Hj.Md.Dun bin Mahmod mengepalai mesyuarat kali ini.Menerangkan peranan dan tanggungjawab pegawai pengawal,peranan,perturan berkuatkuasa,pelaksanaan,takrif aset, aset alih,terimaan hadiah dan sebagainya.Mengupas satu demi satu Bab A iaitu bab penerimaan aset,Bab B iaitu pendaftaran,Borang harta modal, borang Daftar Inventori,daftar induk,Pelabelan aset,pergerakan aset,penyimpanan daftar dan contoh-contoh harta modal serta inventori dan sebagainya.Semoga perbengkelan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Program Ihya'Ramadhan 2012

Program Ihya' Ramadhan 2012 atau juga Tadarus Al-Quran dalam bulam Ramadhan 1433H dijalankan setiap awal pagi dan semasa rehat.Murid-murid dan Guru telah diagihkan dalam bentuk kumpulan untuk menyempurnakan majlis ini.Juzuk 1 hingga 30 telah diberikan kepada setiap kumpulan.Tanda bacaan dan hukum tajuid diambilberat dalam menjayakan tadarus ini.Semoga bulan ibadah yang penuh hikmah ini dipergunakan sepenuhnya dengan pengisian ilmiah dan santapan kerohanian kita.Murid-murid dididik agar mencintai dan menghayati keindahan Al-Quran sejak dari rebung lagi.Jati diri perisai hati pemangkin diri.

Peperiksaan Setara 3 dan Percubaan UPSR 2012

24 Julai 2012 sehingga 27 Julai 2012 ialah tarikh penilaian setara 3 untuk murid tahun 3 hingga 5.Bagi murid tahun 6 pula mereka menghadapi peperiksaan percubaan UPSR 2012.Warga sekolah mendoakan agar murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dan beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diimpikan.Jangan jadikan ibadah puasa sebagai penghalang.Ibadah kali ini sebagai hikmah dan semangat kesabaran menguji keimanan diri.Semoga berjaya.Usaha Maju Jaya.

Tahun 3 Merampas Carta Kelas Kondusif

Cikgu Abd.Razak bin Zakaria telah menerima piala pusingan kelas terbersih,ceria dan kondusif dairpada Guru Besar.Beliau berasa gembira atas usaha menampakkan dan menampilkan kelainan suasana di dalam kelas tahun 3.Taman tema dan flora telah menjadi satu keunikan dalam kelas anak-anak beliau.Semoga dengan hadiah ini tahun 3 dapat mengungguli kelas-kelas yang lain.Usaha Maju Jaya.

Sijil Rangsangan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 2012










Sijil Penyertaan   telah diberikan kepada setiap murid yang telah mengambil bahagian dalam program Senamrobik Serentak 1M1S1M 2012.Kepada warga sekolah juga, sijil ini sebagai pencetus dan galakan untuk meneruskan program positif ini setiap tahun. Mereka yang telah menyumbangkan khidmat bakti menjayakan senamrobik ini juga diberi Sijil Penghargaan. Sijil-sijil ini telah disampaikan oleh Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod Guru Besar Sk.Gombang kepada murid-muri yang terlibat pada 23 Julai 2012.

18 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1M1S1Malaysia Sk.Gombang






Pada 10/07/2012 Program Senamrobik Serentak 1M1S1M telah dijalankan dengan jayanya dan dirasmikan oleh En.Ismail bin Abdullah Ketua Kampung Gombang.Objektif program ini ialah melahirkan rasa seronok di kalangan murid.Selain itu,mengeratkan silaturahim di kalangan warga Sk.Gombang dan ibu bapa muriddan juga dapat melahirkan insan yang tahu menghargai kesihatan diri.Apa yang penting, matlamat senamrobik ini melahirkan murid yang cemerlang secara menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelektual.Fokus utama program ini kepada semua murid Sk.Gombang dan warga Sk.Gombang.Ibu bapa juga dijemput hadir untuk menyertai program ini.Sebagai Guru Besar yang semarak dengan jati diri yang kukuh,Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod telah menyampai ucapan yang bergitu berharga sempena majlis tersebut.Beliau menyeru agar semua pihak memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program ini.Usaha Maju Jaya.

16 Julai 2012

Perbincangan Bersama Penyelia dan Ketua Pembersih Kawasan yang baru




Mencari keserasian dan kesepakatan dalam menentukan arah tuju kebajikan dan tanggungjawab kepada kebersihan sekolah.

Minggu 22 (Kesinambungan Kecemerlangan)





Johan Keceriaan minggu ke-22 2012








Anugerah Keceriaan tetap diteruskan pada minggu ke 22 ...Johan tetap unggul dimenangi kelas tahun lima untuk sekian kalinya...Tahnian.Amirul Imran bin Mohd Rizal Ketua kelas menerima hadiah dengan penuh semangat daripada Tn.Hj.Md dun bin Mahmod Guru Besar Sk.Gombang.Panitia Bahasa Inggeris juga tidak ketinggalan membuat aktiviti tahunannya dengan kuiz dan uji minda murid.Pemenang-pemenang kuiz menerima hadiah galakan daripada Guru Besar dengan senang hati.

Mesyuarat Kokurikulum kali ke- 2 (Tahun 2012)



Persepakatan dalam mencari kata putus untuk menjayakan Program Senamrobik Serentak dan formula terbaik untuk meningkatkan kokurikulum sekolah telah dijalankan pada 6 Julai 2012 di Bilik mesyuarat.Siapa lagi kalau tidak Tn.Hj.Md Dun bin Mahmud Guru Besar Sk.Gombang mengemudi meja bulat pada hari itu.Semua yang dirancang insya Allah berjalan dengan lancar.Usaha Maju Jaya.

Pacak 4G Fasa Kemuncak



Kerja-kerja terakhir menara IT Bestari  dilakukan untuk menjamin keselamatan dan tahap pembolehubah yang konsisten.




10 Julai 2012

Rangsangan Minda Profesionalisme Perguruan




Mendengar taklimat cetusan minda bagi meningkatkan percambahan ilmu sebagai warga pendidik.Taklimat berlansung di Persada Johor International Convention Centre Johor Malaysia pada 1 Julai 2012.


05 Julai 2012

Mesyuarat AJK PIBG kali 1 2012






Add caption
Add caption
Sebagai Guru Besar yang baru Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod menerajui mesyuarah AJK PIBG kali ke 1 tahun 2012 di bilik mesyuarat pada hari ini.Dengan perancangan yang penuh rapi mesyuarat dapat dijalankan dengan sempurna.Pn.Aminah bte Kasman selaku Pengerusi PIBG kali ini mengharapkan segala persediaan dan perancangan untuk menghadapi peperiksaan UPSR berjalan dengan baik dan tersusun.Target kecemerlangan dalam peperiksaan pada tahun ini amat besar, kerana harapan GB begitu menggunung agar Sk.Gombang dapat meningkatkan peratus bilangan calon yang mendapat 5A.Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

02 Julai 2012

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah 2012

Sk.Gombang telah menghantar En.Amir bin Buang guru yang mengajar Subjek Sains tahun 4 bagi mengikuti kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah.Kursus ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik Johor Baru dan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

Gerak Gempur UPSR 2012


Gerak Gempur UPSR telah bermula di peringkat Zon Lenga.Sk.Gombang mengahantar 3 orang murid kategori harapan ke Dewan Sk.Kg.Bahru Bt.28 Lenga sebagai pesediaan untuk menghadapi peperiksaan penentuan UPSR tahun ini. Mereka ialah adik Aiman Taufiq, Aisyah bte Mohd Said, adik Norhidayah bte Borhan, yang mana mereka merupakan aset sekolah yang perlu diberi latihan pengukuhan dan latih tubi selalu.Selama 4 hari diperutukkan masa menjayakan program ini iaitu bermula pada 2 Julai sehingga 5 Julai 2012.Terima kasih kepada jawatankuasa zon Lenga yang dapat mengendalikan program ini.Usaha Maju Jaya.
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH