TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

27 November 2010

Cuti Akhir Tahun & Kelas Tambahan



Selamat bercuti diucapkan untuk semua yang dah betul-betul mula bercuti persekolahan Akhir Tahun 2010. Kepada yang masih bertugas di harapkan bersabar dan teruskan usaha anda, insya Allah jika balasan dunia ini tidak kelihatan, pasti ganjaran akhirat yang berlipat ganda akan menunggu kita semua.

Kelas Tambahan untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan bermula pada 29 November 2010, persediaan untuk menghadapi 2011 yang semakin mencabar. Teruskan usaha ikhlaskan hati kerana Allah Yang Maha Agung.

16 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 telah selamat berlangsung penuh sederhana pada hari ini. Walaupun kejayaan tahun ini kurang memberangsangkan berbanding tahun lepas, namun kita semua bersyukur kerana semuanya adalah kurniaan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Insya Allah semoga tahun depan akan akan dipacu dengan semangat baru demi kecemerlanagan semua.
2 orang pelajar cemerlang UPSR 2010 iaitu Syafiqah bt Mohd Lazim dan Nurfarah Hana bt Mohd Razali mendahului senarai penerima anugerah kecemerlangan.
Jangan berputus asa, ayuh semua kita bina semangat baru untuk kecemerlangan tahun depan :)

01 November 2010

"Twin School" SOSEK MALINDO Johor-Melaka-Riau





Program "Twin School" SOSEK MALINDO (Sosio Ekonomi Malaysia Indonesia), Johor-Melaka-Riau yang telah berlangsung selama 2 minggu sudah berakhir pada hari Sabtu (30/10/2010) yang lalu. Program in telah bermula pad 19 Oktober 2010 dan melibatkan 3 buah sekolah daerah Muar; SK Convent, SK Gombang dan SK Bakri Batu 5.
Setiap sekolah menerima 2 orang guru dan 2 orang murid. Bagi sekolah ini, 2 orang guru tersebut ialah Ibu Elysiana Dwi Adriyani dan Ibu Yusleni, 2 orang pelajar Tahun 5 : Adik Ryan Ferdy Mulana dan Adik Norhidayah, dari Provinsi Riau. Mereka mengikuti semua aktiviti seharian di SK Gombang, termasuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2010.
Kami SK Gombang mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi tetamu di sekolah kami. Segala kekurangan harap dimaafkan kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurang baik itu adalah kelemahan kami sendiri. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Pelbagai kenangan terpahat di memori warga SK Gombang dan peserta dari Provinsi Riau. Semoga hubungan akrab ini tetap terjalin tak kira masa dan di mana jua berada. Doa kami semoga kita semu beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

19 Oktober 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 semakin hampir. Semoga semua murid telah mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan terakhir untuk tahun ini. Segala ilmu telah dicurahkan oleh guru-guru, maka diharapkan para murid akan dapat melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, guru dan sekolah.
Ilmu adalah amat berharga dan seharusnya kita berluma-lumba mencari ilmu tanpa henti, selagi hayat dikandung badan. Kita manusia tanpa ilmu kita buta untuk meghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar. Ayuh anak didikku sekalian, teruskan usahamu mencari ilmu biar penuh di dada. Harta boleh dicuri, tetapi ilmu kan tetap menjadi khazanah diri yang terpelihara dalam diri masing-masing.

05 Oktober 2010

Al-Quran tulisan tangan Maharaja India ditemui

Al-Quran Tulisan Tangan Maharaja Aurangzeb rah Ditemui
Dari Blog Ustaz Hambali
Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seoran maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M )

Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak.

Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed )

Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees.

Komentar :

Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya.

Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun".

Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India.

Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang."

Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan.

Sumber : http://hambalialors tari.blogspot. com/2010/ 09/al-quran- tulisan-tangan- maharaja. html

Syawal 1431H melabuhkan tirai...

Akhirnya Syawal 1431H yang penuh kemeriahan sudah pun hampir melabuhkan tirainya... Pastinya kemeriahan dan memori tahun ini kan terpahat di lipatan kenangan setiap insan...

UPSR 2010 pun telah berlalu dan kita panjatkan doa agar kejayaan yang cemerlang buat calon-calon yang bertungkus-lumus mengejar kegemilangan UPSR 2010.

Peperiksaan Akhir Tahun pula sedang menunggu semua pelajar untuk menutup lembaran pelajaran tahun ini... Ayuh semua jangan kita leka, teruskan usaha, mari bersama kemercu kejayaan.

21 September 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010



Assalamualaikum..

kami seluruh warga SK Gombang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2010. Semoga semua calon dapat mengahadapi pepriksaan dengan tenang dan berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Segala
usaha telah dijalankan bagi memastikan kejayaan cemerlang para pelajar, akhirnya kita teruskan berdoa semoga calon UPSR 2010 juga
menempa kejayaan yang gemilang...


11 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami warga SK Gombang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat islam yang dekat mahupun yang jauh serta semua yang mengenali kami di sini..


Pulau pandan jauh ketengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang jua.


Kalau ada jarum patah,

Jangan simpan di dalam peti,

Kalau ada salah dan silap,

Jangan simpan di dalam hati.


Bulan ramadhan bulan yang mulia,

Di sambut dengan hati yang gembira,

Kini syawal telah menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf dipinta…


Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah silap silalah maafkan...


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin....




02 September 2010

Tips belajar saat akhir


Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

31 Ogos 2010

Bapa Kemerdekaan

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"

Tanggal 31 Ogos 2010 tarikh hari ini, menunjukkan negara tercinta Malaysia Menjagkau Usia kemerdekaan Ke-53. Alahamdulillah, sudah lebih setengah abad kita semua mengecapi kemerdekaan setelah dijajah oleh Portugis, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula. Seharusnya kita semua bersyukur dan terus berjuang dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara berdaulat ini. Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini lahir dari susah payah para pejuang yang tidak mengenal erti gentar dan putus asa dalam melawan penjajah dan anasir-anasir jahat yang cuba meleburkan hasrat kemerdekaan. Generasi hari ini perlu dengan bersungguh-sungguh mengembling seluruh tenaga dalam mengeratkan perpaduan yang ada demi membina negara yang berjaya serta mengukuhkan kedudukan negara di persada dunia.

Hari ini dalam sejarah, Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.

Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

28 Ogos 2010

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53


Saban tahun kita meraikan dengan penuh keriangan dan kesyukuran tanggal 31 Ogos, menandakan ulang tahun kemerdekaan negara kita; Malaysia yang tercinta. Negara kita telah melalui pelbagai onak duri sebelum, semasa dan selepas penjajahan yang akhirnya melahirkan sebuah negara yang harmoni seperti hari ini.
Kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini tidak akan hadir tanpa toleransi tinggi antara semua penduduk Malaysia. Seharusnya kita berbangga kerana dilahirkan di bumi bertuah ini dan marilah kita bersama-sama terus membangunkan dan mempertahankan negara kita dengan penuh semangat perpaduan.
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. 1Malaysia Menjana Transformasi.

Tips belajar saat akhir


Peperiksaan UPSR 2010 semakin hampir. Pelbagai ilmu telah dicurah oleh guru untuk para pelajar, semoga apa yang dipelajari dimanafaatkan sepenuhnya oleh mereka. Namun tidak tidak kira di peringkat mana sekali pun masih ada yang suka belajar di saat-saat akhir.

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

1. Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
2. Yakin terhadap kebolehan diri
3. Masa rehat perlu secukupnya
4. Hapuskan tabiat suka tidur
5. Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
6. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

27 Ogos 2010


Cepatnya masa tidak terasa,
Sebulan puasa hampir berlalu,
Tepuklah dada tanya selera,
Adakah amalan dah cukup jitu?

Hari raya setahun sekali,
Pelbagai hidangan hendak dijamah,
Rumah dah hias cantik berseri,
Semoga Aidilfitri disambut meriah.

Bangun bersahur di pagi hari,
Menahan lapar hingga ke senja,
Hamba menyusun sepulah jari,
Ampunkan semua salah dan dosa.

Satu dua tiga dan empat,
Lima enam tujuh dan lapan,
kepada sesiapa yang rasa sempat,
Datangla rumah janganle segan...

Ketupat, lemang rendang serunding,
Juadah wajib pembuka selera,
Lepas raya kepala pun pening,
Macam-macam masalah, sabar ajelaaa...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
(eh, awal sangat tak? takpe, memang saje nak jadi the first to wish!!!)

26 Ogos 2010

Duit Raya 2010

'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

11 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum...

Salam Ihya Ramadhan utk semua.. Ahlan Ya Ramadhan.. Semoga diberi kekuatan olehNya utk melakukan segala ibadah di bulan yg mulia ini... "..Sesungguhnya Ramadhan itu awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN... dan akhirnya, PEMBEBASAN dari api neraka.."..jadi marilah kita menunaikan ibadah puasa..


Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR, teman yang paling akrab adalah AMAL, pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM, bahasa yang paling manis adalah SENYUM dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK...Dalam keluhuran bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. Semoga tahun ini amalan ibadah kita semua lebih baik dari yang lepas.. Amin..

28 Julai 2010

Penyampaian Kit Alat Tulis UPSR dari Parlimen Pagoh

Terima kasih diucapkan kepada Parlimen Pagoh yang telah membekalkan Kit Alat Tulis UPSR kepada semua murid Tahun 6. Semoga murid Tahun 6 beroleh kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPPM 3 sekarang dan Peperiksaan UPSR 2010 nanti. Bagi semua murid SK Gombang diucapkan selamat menghadapi Ujian PKSR 3, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ini dan ujian yang akan datang. Teruskan dan tingkatkan usaha, SELAMAT MAJU JAYA!

12 Julai 2010

Sambutan Hari Terbuka & Hari Kantin 2010

Hari Terbuka dan Hari Kantin 2010 telah berlangsung pada 02 Julai 2010 yang lalu. Aktiviti yang dijadualkan berlangsung dengan jayanya dengan sokongan padu guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan murid-murid SK Gombang. Yang pastinya rojak buah-buahan Cikgu Amir mencapai status "Sold Out!", dan tidak kurang hebatnya gerai aiskrim yang mendapat kunjungan yang tidak putus-putus. Wow! Tahniah semua! Semoga jumpa lagi di tahun hadapan ;)





utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH