TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

31 Julai 2009

Ceramah Kesihatan H1N1

Wabak Influenza H1N1 atau dikenali juga sebagai Selsema Babi semakin hari semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk dunia kerana wabak ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Sehingga kini sudah beratus-ratus buah sekolah di negara ini telah dikuarantin berikutan penularan wabak ini. Wabak ini amat mudah berjangkit dan dikhuatiri ramai lagi mangsa terbaru yang akan terkena wabak ini. Para ibu bapa / penjaga dan seluruh masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelak dari dijangkiti wabak ini. Pihak kerajaan juga telah melakukan beberapa inisiatif dalam menangani wabak ini dari terus merebak, diantaranya ialah melarang kakitangan kerajaan agar tidak menjalankan aktiviti ke luar negara buat sementara waktu ke negara-negara yang terlibat dengan wabak ini. Pihak kerajaan juga telah mengadakan usaha penerangan tentang wabak ini. Justeru, Pejabat Kesihatan Daerah Muar telah menghantar Ketua Jururawat Pn. Zaiton Bt Abdul Rahman untuk sesi peneranga bagi Zon Lenga untuk tujuan tersebut. Pada 29 Julai 2009 (Rabu) sekolah ini telah didatangi oleh beliau untuk Ceramah Kesihatan H1N1 tersebut.


Kata-kata aluan dari Cikgu Amir mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah memberi penerangan tentang wabak H1N1 yang saban hari semakin menular di kalangan penduduk dan pelajar di Malaysia.



Ketua Jururawat Zaiton Bt Abdul Rahman sedang tekun menyampaikan ceramah, banyak input-input baru yang diperolehi oleh para pelajar dan guru. Penerangan yang terperinci diberikan dan sebarang soalan serta kemuskilan dijawab dengan tepat.


Khusyuk mendengar ceramah. Terima kasih kepada Ketua Jururawat Zaiton Bt Abdul Rahman, kerana sudi menyampaikan ceramah yang amat berguna ini. Diharapkan para pendengar dapat menagmbil iktibar dan mengamlkan langkh-langkah yang telah disampaikan oleh beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH