TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

08 Oktober 2009

Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

Aidilfitri tahun ini hampir melabuhkan tirai jom serang rumah terbuka yang masih ada :D Kunjung-mengunjung dan saling maaf-memaafi amatlah dituntut dalam ajaran Islam yang syumul. Majlis seumpama ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Sambil tu inilah masanya untuk mengumpul duit raya yang masih belum selesai...
Masih lagi kedengaran bunyi mercun terkadang memecah keheningan malam yang membingitkan suasana. Namun yang pasti setiap kali tiba hari raya inilah antara "hidangan" yang pasti tidak ketinggalan.
Kepada yang masih bermain mercun berhati-hatilah supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. jika boleh kita simpan duit mercun itu kerana amalan menabung adalah lebih baik daripada membakar duit dengan mercun :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH