Pelancaran Aktiviti Minggu Anti dadah telah dilaksanakan oleh Hjh.Normah bte Hasshim pada 19/3/2012 yang lalu.Sulaman aktiviti direalisasikan di setiap kelas agar menjurus pada objektif "Saya Benci dadah" dilaksanakan dengan sempurna.Melukis poster, deklamasi sajak dan paparan kesan buruk penggunaan penyalahgunaan dadah dijadikan wadah dalam menghiasi aktiviti Anti 
dadah.Moga minda yang sihat dapat dijana dengan sirnanya durjana tersebut di muka bumi ini.En.Mohd Azhar bin Samion guru yang
dipertanggungjawabkan merealisasikan aktiviti ini.Semoga peranan beliau terus ikhlas dalam mencari agenda yang terbaik untuk kesejahteraan murid-murid Sk.Gombang dan warganya. Usaha Maju Jaya.
Sekolahku Kebanggaanku

Waktu Solat
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Sekolahku Kebanggaanku

26 Mac 2012
Sirna Dadah Jana Minda Sihat Tiada Gundah
HABUAN KEMENANGAN CETUS RANGSANGAN KE PERINGKAT DAERAH 2012
Penyampaian hadiah kemenangan kepada pelajar yang telah berjaya di peringkat zon telah dilaksanakan.Mohd Nuril Amsyar bin Hisham Johan Hafazan dan Norfarisyah Nadiah tempat ke 3 dalam kategori yang sama menyemarakkan lagi rangsangan positif kepada pelajar lain untuk terus mencipta nama
dalam apa jua bidang terutamanya ko-akademik.En.Amir bin Buang Guru Hem sekolah Kebangsaan Gombang telah menyampaikan hadiah kemenangan tersebut agar dapat direalisasikan di peringkat daerah nanti.Usah
a keras Uztazah Zainura bte Omar dan Ustaz Mohd Zaki
bin Ismail menjadi pemangkin guru-guru yang lain.Teruskan perjuangan demi kecemerlangan.
12 Mac 2012
MEJA BULAT,HUJAH HEBAT, KATA SEPAKAT
Guru-guru Sk.Gombang diketuai peneraju utama Hjh.Normah bte Hasshim iaitu Guru Besar, mengadakan mesyuarah untuk mencari kata sepakat melaksanakan program-program peningkatan dan kecemerlangan sekolah. Setiap bibit-bibit idea dan picisan minda diutarakan dan dimanipulasikan sebagai ramuan yang terbaik untuk membuahkan hasil kecemerlangan dalam semua elemen.Mesyuarat kali ke 4 ini dijalankan dalam suasana yang tenang dan menyuburkan minda.InsyaAllah segala usaha yang dirancang terus terlaksana atas keyakinan dan kesepakatan bersama.
09 Mac 2012
MESYUARAT AJK PIBG KALI 2 2012
Perbincangan mencari kata putus untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Gombang sesi 2012/2013 telah diadakan pada 8 Mac 2012 di di bilik mesyuarat.Ahli ajk memberikan pendapat dan sepakat bagi melaksanakan program yang dirancang.Mesyuarat tersebut dihadiri Pn.Hjh.Normah bte Hasshim sebagai penasihat dan pengerusi mesyuarat dikelolakan oleh Pn.Norela bte Ismail.Semoga kerjasama antara warga guru dan ibu bapa seiring dan seia sekata.
07 Mac 2012
FOKUS KECERIAAN
Mesyuarat bersama pekerja-pekerja sekolah pada hari ini.Pn.Hjh.Normah Hasshim ,Guru Besar Sk.Gombang sebagai peneraju utama mencari kata sepakat untuk mencapai objektif bagaimana menceriakan kawasan sekolah dan pembahagian tugasan setiap blok dan sudut.Tahun ini, Sk.Gombang dicalonkan sebagai sekolah yang akan dinilai dari segi 3k iaitu perlestariannya dan keselamatan.Kerjasama antara semua pihak diperlukan untuk memastikan keseluruhan kawasan bersih dan ceria dari pelbagai sudut. Tiga orang pekerja swasta bahagian pembersihan senantiasa memberi kerjasama
memastikan semua yang dirancang berjalan dengan baik.Pn.Norsholehan, En.Mohd Rizal dan En.Arrifin mendengar arahan yang diberikan serta memberi komitmen
yang sepenuhnya dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan ceria.En.Amir bin Buang, Guru Hem dan Pn.Zalmi sebagai pembantu tadbir sekolah sama-sama berbincang mencari idea ya
ng terbaik memastikan sekolah dalam keadaan yang terurus dan tersusun.
06 Mac 2012
Instrumen Pengesanan Mac 2012
Hari ini murid-murid Sk.Gombang menjalani Instrumen Pengesanan Mac 2012.Kelas yang terlibat ialah tahun 3 hingga tahun 6. Selamat menjawab dengan tenang sebagai penilaian awal tahun ini.Usaha Maju Jaya.
05 Mac 2012
Anugerah Kelas Kondusif
Perhimpunan mingguan Sk.Gombang setiap hari Isnin dikendalikan oleh murid-murid dengan prosedur yang tertib agar tampak disiplin dan sempurna.Murid-murid dilatih begini agar dapat memupuk semangat berdikari di sanubari mereka.Murid akan menyanyikan lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Johor serta disulami dengan lagu Sekolah dan Asmahul Husna.Input dan wadah ilmu disisip oleh guru-guru bertugas dan warga pentadbiran.Apa yang difokuskan setiap kali perhimpunan,murid-murid akan menantikan keputusan kelas terbaik dari elemen kebersihan setiap segi termasuklah keceriaan dan kondusifnya kelas mereka.Setakat ini kelas tahun 5 muncul lima minggu berturut-turut merangkul piala pusingan piala kebersihan.Kelas tahun 5 dibimbing oleh Pn.Nor Ilyani tampak tiada saingan daripada kelas yang lain.Guru Besar menegaskan persaingan ini amat positif dan guru kelas yang lain serta murid-muridnya akan merobah suasana kelas masing-masing ke arah yang lebih ceria dan menyeronokkan.Kelas yang kondusif menghasilkan suasana pembelajaran yang meriah dan efektif.Usaha Maju Jaya.
Langgan:
Catatan (Atom)
AL-QURAN DAN HADITH
Labels/Tags
1Malaysia
31 Ogos
aidilfitri
Al Quran
astronomi
banjir
banjir 2011
banjir kg gombang
bantuan
bapa kemerdekaan
buku pelawat
comment
dedikasi
duit raya
exam
gerai
gotong-royong
guestbook
guru pembina negara bangsa
Hajar Aswad
hari guru
hari kantin
hari kecemerlangan
hari raya
hari terbuka
ikan keli
ilmu
India
jalan raya
jualan
Kaabah
ke-53
kempen
kg gombang
kg gombang banjir
kit alat tulis
komen
laungan kemerdekaan
laungan merdeka
Maharaja India
merdeka
Neil Amstrong
pantun
pantun raya
parlimen pagoh
pelajar cemerlang
penempatan banjir
peperiksaan
peperiksaan akhir tahun
pkjr
Provinsi Riau
puasa
pusat bumi
Ramadhan
raya
rehat
rezeki
saat akhir
selamat
sk gombang
SOSEK MALINDO
Sosio Ekonomi Malaysia IndonesiTwin School
Syurga
tabiat
tema
tips
tumpuan
Tunku Abdul Rahman
ubat
uppm 2
uppm 3
upsr
upsr 2010
yakin