Sekolahku Kebanggaanku

Waktu Solat
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Sekolahku Kebanggaanku

30 Julai 2012
TAHUN 5 BERTAKHTA KEMBALI...
Minggu ke 26 ini ...bertuah untuk tahun lima yang merampas kembali piala pusingan kelas paling ceria dan terbersih.Tahniah buat Pn.Nor Ilyani guru kelas yang sentiasa tak henti-henti menacap dan mencantikkan kelas.Teruskan usaha anda.Usaha maju jaya.
25 Julai 2012
Mesyuarat Pengurusan Aset
Sk.Gombang menjalankan taklimat dan perbengkelan tentang pengurusan aset Alih Kerajaan.Guru Besar, Tn. Hj.Md.Dun bin Mahmod mengepalai mesyuarat kali ini.Menerangkan peranan dan tanggungjawab pegawai pengawal,peranan,perturan berkuatkuasa,pelaksanaan,takrif aset, aset alih,terimaan hadiah dan sebagainya.Mengupas satu demi satu Bab A iaitu bab penerimaan aset,Bab B iaitu pendaftaran,Borang harta modal, borang Daftar Inventori,daftar induk,Pelabelan aset,pergerakan aset,penyimpanan daftar dan contoh-contoh harta modal serta inventori dan sebagainya.Semoga perbengkelan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
Program Ihya'Ramadhan 2012
Program Ihya' Ramadhan 2012 atau juga Tadarus Al-Quran dalam bulam Ramadhan 1433H dijalankan setiap awal pagi dan semasa rehat.Murid-murid dan Guru telah diagihkan dalam bentuk kumpulan untuk menyempurnakan majlis ini.Juzuk 1 hingga 30 telah diberikan kepada setiap kumpulan.Tanda bacaan dan hukum tajuid diambilberat dalam menjayakan tadarus ini.Semoga bulan ibadah yang penuh hikmah ini dipergunakan sepenuhnya dengan pengisian ilmiah dan santapan kerohanian kita.Murid-murid dididik agar mencintai dan menghayati keindahan Al-Quran sejak dari rebung lagi.Jati diri perisai hati pemangkin diri.
Peperiksaan Setara 3 dan Percubaan UPSR 2012
24 Julai 2012 sehingga 27 Julai 2012 ialah tarikh penilaian setara 3 untuk murid tahun 3 hingga 5.Bagi murid tahun 6 pula mereka menghadapi peperiksaan percubaan UPSR 2012.Warga sekolah mendoakan agar murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dan beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diimpikan.Jangan jadikan ibadah puasa sebagai penghalang.Ibadah kali ini sebagai hikmah dan semangat kesabaran menguji keimanan diri.Semoga berjaya.Usaha Maju Jaya.
Tahun 3 Merampas Carta Kelas Kondusif
Cikgu Abd.Razak bin Zakaria telah menerima piala pusingan kelas terbersih,ceria dan kondusif dairpada Guru Besar.Beliau berasa gembira atas usaha menampakkan dan menampilkan kelainan suasana di dalam kelas tahun 3.Taman tema dan flora telah menjadi satu keunikan dalam kelas anak-anak beliau.Semoga dengan hadiah ini tahun 3 dapat mengungguli kelas-kelas yang lain.Usaha Maju Jaya.
Sijil Rangsangan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 2012
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sijil Penyertaan telah diberikan kepada setiap murid yang telah mengambil bahagian dalam program Senamrobik Serentak 1M1S1M 2012.Kepada warga sekolah juga, sijil ini sebagai pencetus dan galakan untuk meneruskan program positif ini setiap tahun. Mereka yang telah menyumbangkan khidmat bakti menjayakan senamrobik ini juga diberi Sijil Penghargaan. Sijil-sijil ini telah disampaikan oleh Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod Guru Besar Sk.Gombang kepada murid-muri yang terlibat pada 23 Julai 2012.
18 Julai 2012
Senamrobik Serentak 1M1S1Malaysia Sk.Gombang
16 Julai 2012
Perbincangan Bersama Penyelia dan Ketua Pembersih Kawasan yang baru
Minggu 22 (Kesinambungan Kecemerlangan)
Johan Keceriaan minggu ke-22 2012 |
Mesyuarat Kokurikulum kali ke- 2 (Tahun 2012)
Persepakatan dalam mencari kata putus untuk menjayakan Program Senamrobik Serentak dan formula terbaik untuk meningkatkan kokurikulum sekolah telah dijalankan pada 6 Julai 2012 di Bilik mesyuarat.Siapa lagi kalau tidak Tn.Hj.Md Dun bin Mahmud Guru Besar Sk.Gombang mengemudi meja bulat pada hari itu.Semua yang dirancang insya Allah berjalan dengan lancar.Usaha Maju Jaya.
Pacak 4G Fasa Kemuncak
Kerja-kerja terakhir menara IT Bestari dilakukan untuk menjamin keselamatan dan tahap pembolehubah yang konsisten.
10 Julai 2012
Rangsangan Minda Profesionalisme Perguruan
05 Julai 2012
Mesyuarat AJK PIBG kali 1 2012
![]() |
Add caption |
![]() |
Add caption |


02 Julai 2012
Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah 2012
Sk.Gombang telah menghantar En.Amir bin Buang guru yang mengajar Subjek Sains tahun 4 bagi mengikuti kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah.Kursus ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik Johor Baru dan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
Gerak Gempur UPSR 2012
Gerak Gempur UPSR telah bermula di peringkat Zon Lenga.Sk.Gombang mengahantar 3 orang murid kategori harapan ke Dewan Sk.Kg.Bahru Bt.28 Lenga sebagai pesediaan untuk menghadapi peperiksaan penentuan UPSR tahun ini. Mereka ialah adik Aiman Taufiq, Aisyah bte Mohd Said, adik Norhidayah bte Borhan, yang mana mereka merupakan aset sekolah yang perlu diberi latihan pengukuhan dan latih tubi selalu.Selama 4 hari diperutukkan masa menjayakan program ini iaitu bermula pada 2 Julai sehingga 5 Julai 2012.Terima kasih kepada jawatankuasa zon Lenga yang dapat mengendalikan program ini.Usaha Maju Jaya.
Langgan:
Catatan (Atom)
AL-QURAN DAN HADITH
Labels/Tags
1Malaysia
31 Ogos
aidilfitri
Al Quran
astronomi
banjir
banjir 2011
banjir kg gombang
bantuan
bapa kemerdekaan
buku pelawat
comment
dedikasi
duit raya
exam
gerai
gotong-royong
guestbook
guru pembina negara bangsa
Hajar Aswad
hari guru
hari kantin
hari kecemerlangan
hari raya
hari terbuka
ikan keli
ilmu
India
jalan raya
jualan
Kaabah
ke-53
kempen
kg gombang
kg gombang banjir
kit alat tulis
komen
laungan kemerdekaan
laungan merdeka
Maharaja India
merdeka
Neil Amstrong
pantun
pantun raya
parlimen pagoh
pelajar cemerlang
penempatan banjir
peperiksaan
peperiksaan akhir tahun
pkjr
Provinsi Riau
puasa
pusat bumi
Ramadhan
raya
rehat
rezeki
saat akhir
selamat
sk gombang
SOSEK MALINDO
Sosio Ekonomi Malaysia IndonesiTwin School
Syurga
tabiat
tema
tips
tumpuan
Tunku Abdul Rahman
ubat
uppm 2
uppm 3
upsr
upsr 2010
yakin