TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

20 September 2012

Taklimat Hari Q PPD






Add caption





Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod mengetuai mesyuarat penilaian Hari Q peringkat PPD.Sebagai ketua penilai hari Q yang akan bermula 01/10/2012 ini ,banyak perkara yang dibincangkan bersama guru besar-guru besar di zon lenga yang terlibat.Masing-masing mempunyai peranan sebagai penilai yang adil di setiap sekolah berlandaskan item penarafan qualiti yang terdapat dalam One Centre di laman Web PPd.

Pertandingan Patriotik Merdeka 2012





















Pertandingan bacaan deklamasi sajak, pantun dan nyanyian lagu patriotik dijalankan.Murid-murid setiap kelas mengambil bahagian dalam menyemarakkan suasana bulan kemerdekaan ini.Jalur gemilang tetap dikibarkan dan dijadikan sebagai bahan ransangan semangat perjuangan menegakkan kemerdekaan.Pn.Normawati selaku pengerusi pertandingan telah mengadakan pertandingan ini dengan jayanya.Juri yang dipilih terdiri daripada guru-guru yang berkredibiliti.Setiap pertandingan diadili dengan baik dan adil.Setiap kelas akan mempersembahkan nyanyian mereka yang bertemakan kemerdekaan.Lagu tanggal 31 Ogos tetap menjadi pilihan kebanyakkan kelas.Namun mereka perlu mempersembahkan dengan kreatif dan usaha semangat selain vokal yang seragam dan intonasi yang baik.

15 September 2012

Sambutan Aidilfitri dan Pertukaran GB Hjh.Normah


















14/09/2012 Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah juga bergabung dengan majlis  Pertukaran Hjh.Normah bte Hasshim bekas Guru Besar SK.Gombang ke SK.Parit Bulat dijalankan dengan sempurna.Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi. Pelbagai acara dan ucapan telah dijalankan.Jamuan juga disediakan.Semoga majlis ini menjadi ingatan kepada semua.

Pemantauan Pembangunan Baik Pulih Tandas







Pada 12/09/2012 Tn.Hj.Haris bahagian Pembangunan PPD bersama pembantunya telah meneliti dan membuat pemantauan untuk baik pulih tandas. Pemantauan UPSR juga dijalankan pada hari itu.Kerosakan dan masalah pembangunan sekolah diajukan kepada beliau.Insya Allah tindakan akan dibuat untuk membaik pulih peralatan yang rosak.

10 September 2012

Selamat Maju Jaya

UPSR cemerlang 2012

Taklimat Pengawas UPSR

Ketua pengawas dan pembantu berbincang dan bermesyuarah mencari kesepakatan dalam mengendalikan proses UPSR dapat dijalankan dengan lancar di sekolah.Bermula pada hari esok..11 hingga 13 September 2012 , murid tahun 6 seramai 7 orang calon akan menghadapi UPSR. Kami warga pendidik dan seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan kalian.
Kelas bertemakan Merdeka Raya menjadikan tahun lima di minggu 31 ini berjaya mengungguli keceriaan terbaik daripada kelas-kelas yang lain.Tahun lima saling bertukar ganti kemenangan bersama tahun 3 yang mampu membuat persaingan yang sihat.Teruskan ...Usaha Maju Jaya

06 September 2012

Program Sentuhan Kalbu UPSR


Pn.Zaini menyampaikan amanat

Apakah perasaan anda mennghadapi UPSR ini?
Pn.Zaini bte Md.Jamal pegawai FasiLinus Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menjalankan pemantauan Sentuhan Kalbu UPSR.Beliau telah menyampaikan amanat-amanat yang efektif untuk calon-calon UPSR di Sk.Gombang.Pemantauan ini amat bermakna bagi kami warga sekolah atas keperihatinan pihak pejabat .Semoga pemantauan ini diteruskan demi kecemerlangan UPSR bersama.

Solat Hajat Perdana Serentak...




Pada 6/9/2012 solat hajat perdana untuk calon-calon UPSR dijalankan di sekolah-sekolah .Begitu juga dengan Sk.Gombang juga tidak ketinggalan menyempurnakan aktiviti mulia ini.Bertempat di surau sekolah, semua warga pendidik, ibu bapa, warga PIBG dan murid-murid calon UPSR 2012 sama-sama menjayakan aktiviti solat hajat perdana ini.Ustaz Mohd Salleh bin Abdollah sebagai imam  yang membawakan solat berkenaan.Semoga apa dihajati dicucuri dan dimakbulkan setelah berusaha keras .....kejayaan cemerlang mendampingi...diri kami...insyaAllah...
utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH