TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

07 Februari 2011

Banjir di Kampung Gombang semakin surut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, keadaan banjir di Kampung Gombang dan kawasan sekitarnya semakin pulih. Banyak rumah-rumah yang sudah mula dapat dibersihkan dan insya Allah sedikit hari lagi dapat diduduki semula.
Banjir yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan P&P tidak dapt dijalankan kerana hanya beberapa orang murid dan guru sahaja yang dapat hadir ke sekolah, dalam masa yang sama sekolah masih lagi menjadi pusat penempatan banjir. Bantuan asas masih lagi ada untuk kegunaan penduduk yang terputus hubungan. Semoga dengan rahmat Allah, banjir yang melanda pada tahun ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini dan semuanya akan kembali seperti sediakala.








04 Februari 2011

Pekan Pagoh dinaiki air!!!

Assalamaulaikum,
Bermula 5 hari yang lalu, keadaan banjir yang melanda Johor kini gelombangnya telah sampai ke Daerah Muar, terutamanya di bahagian Bukit Kepong, Lenga, Pagoh dan Panchor. Kini Pekan Pagoh juga telah dinaiki air dan paras paling tinggi malam tadi menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat melaluinya untuk satu jangka waktu yang tidak terlalu lama (nasib baik air surut). Keadaan air yang semakin surut pada hari ini membolehkan kenderaan melalui kawasan pekan dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan  simpang empat menuju Kampung Raja. Semoga semua selamat dan sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga selalu. maaf tiada gambar untuk dipaparkan sebab kamera takde...

03 Februari 2011

Gombang Dilanda Banjir!!!

Assalamualaikm...
Hari ini merupakan hari ke3 SK Gombang menjadi tempat penempatan mangsa banjir tahun ini, setelah banjir pada hujung tahun 2006 yang lalu. Rumah-rumah yang dinaiki dan ditengglami air kelihatan di sana sini. Majoriti panduduk kampung ini telah dipindahkan ke sini pada hari ke2 bajir mula melanda kampung ini yang sebelumnya ditempatkan di balai raya. Kekurangan bantuan yang diterima dari luar menjadikan keadaan di sini bertambah kurang ceria. Namun apakan daya terus bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada sambil terus memohon bantuan semoga tiba dan mencukupi.






















26 Januari 2011

Penggal baru sudah separuh bermula...

Assalamualaikum...

        Apa khabar semua? semoga dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah... Penggal baru persekolahan sesi 1/2011 sudah hampir separuh berlalu dan ini entry pertama dari kami warga sekolah. Maaf kerana sudah lama tidak dikemaskini, disebabkan keadaan komputer sekolah banyak yang dah rosak dan "switch" pun dah rosak.
        Tahun ini bilangan pelajar sekolah berkurang berbanding tahun lepas seramai 4 orang menjadikan jumlah murid semasa 38 orang. Segala kenangan suka duka 2010 dijadikan panduan dan iktibar untuk memacu kejayaan pada tahun 2011. Calon UPSR tahun ini masih sama bilangannya iaitu seramai 6 orang menjadikan peratus lulus setiap murid besar, dan ini sebenarnya sesuatu yang agak menggerunkan... hehehe
        Pun begitu, perjuangan pendidikan tetap diteruskan, kerana menuntut ilmu itu tiada akhirnya; dari seawal dalam kandungan hinggalah kembali kepada Yang Maha Pencipta, bersama-samalah kita menambahkan ilmu yang ada { ilmu yang bermanafaat di dunia dan akhirat :) } dan setelah itu jangan lupa, panjang-panjangkan ilmu yang bermanafaat tersebut kepada yang lain agar ianya berterusan memberi manafaat kepada semua :)

Thanks for reading :)

27 November 2010

Cuti Akhir Tahun & Kelas Tambahan



Selamat bercuti diucapkan untuk semua yang dah betul-betul mula bercuti persekolahan Akhir Tahun 2010. Kepada yang masih bertugas di harapkan bersabar dan teruskan usaha anda, insya Allah jika balasan dunia ini tidak kelihatan, pasti ganjaran akhirat yang berlipat ganda akan menunggu kita semua.

Kelas Tambahan untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan bermula pada 29 November 2010, persediaan untuk menghadapi 2011 yang semakin mencabar. Teruskan usaha ikhlaskan hati kerana Allah Yang Maha Agung.

16 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 telah selamat berlangsung penuh sederhana pada hari ini. Walaupun kejayaan tahun ini kurang memberangsangkan berbanding tahun lepas, namun kita semua bersyukur kerana semuanya adalah kurniaan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Insya Allah semoga tahun depan akan akan dipacu dengan semangat baru demi kecemerlanagan semua.
2 orang pelajar cemerlang UPSR 2010 iaitu Syafiqah bt Mohd Lazim dan Nurfarah Hana bt Mohd Razali mendahului senarai penerima anugerah kecemerlangan.
Jangan berputus asa, ayuh semua kita bina semangat baru untuk kecemerlangan tahun depan :)

01 November 2010

"Twin School" SOSEK MALINDO Johor-Melaka-Riau





Program "Twin School" SOSEK MALINDO (Sosio Ekonomi Malaysia Indonesia), Johor-Melaka-Riau yang telah berlangsung selama 2 minggu sudah berakhir pada hari Sabtu (30/10/2010) yang lalu. Program in telah bermula pad 19 Oktober 2010 dan melibatkan 3 buah sekolah daerah Muar; SK Convent, SK Gombang dan SK Bakri Batu 5.
Setiap sekolah menerima 2 orang guru dan 2 orang murid. Bagi sekolah ini, 2 orang guru tersebut ialah Ibu Elysiana Dwi Adriyani dan Ibu Yusleni, 2 orang pelajar Tahun 5 : Adik Ryan Ferdy Mulana dan Adik Norhidayah, dari Provinsi Riau. Mereka mengikuti semua aktiviti seharian di SK Gombang, termasuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2010.
Kami SK Gombang mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi tetamu di sekolah kami. Segala kekurangan harap dimaafkan kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurang baik itu adalah kelemahan kami sendiri. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Pelbagai kenangan terpahat di memori warga SK Gombang dan peserta dari Provinsi Riau. Semoga hubungan akrab ini tetap terjalin tak kira masa dan di mana jua berada. Doa kami semoga kita semu beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH