TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

01 Februari 2012

LDP KSSR 2012






Awal tahun 2012, LDP KSSR telah dijalankan dengan semua mata pelajaran difokuskan.Setiap guru yang terlibat dengan kursus KSSR akan menyampaikan kembali input yang diperolehi kepada guru-guru Sk.Gombang agar dapat lebih memahami dan meneruskan agenda P&P dengan lebih berkesan.Setiap guru memberikan pandangan dan interpretasi agar LDP lebih tercapai dan ojektif yang dicari dapat dikongsi bersama.

Watiqah Pelantikan Pengawas SK.Gombang


Sebagai pengawas yang bakal menjalankan tugas mengawas dan membantu guru menguruskan disiplin sekolah amat diperlukan.Watiqah pelantikan 2012 telah memilih pelajar yang betul-betul memberikan komitmen kepada sekolah.Disiplin yang sifar agar terus sifar.





Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.Gigih dan berusaha memajukan anak bangsa.Sk.Gombang terus unggul dan berdaya saing dengan sekolah bandar yang lain.Usaha Maju Jaya.Pengajaran yang efektif menjamin keberkesanan dan kefahaman murid semasa dalam kelas.Kelas dan suasana kondusif sedang diatur untuk menceriakan dan menarik minat murid untuk belajar.








Lafaz janji UPSR telah dilaksanakan oleh pelajar SK.Gombang 2012 di hadapan ibu bapa masing-masing.Janji mesti dikuota.Target cemerlang 5A dan cemerlang sahsiah menjadi harapan menggunung tinggi dalam tekad sanubari pelajar ini.Semoga genggaman kejayaan akan digapai.Usaha Maju Jaya.

04 Januari 2012

Persediaan dan Pemantauan 2012


Warga Sk.Gombang sibuk bergotong-royong untuk mengemaskinikan kelas dan bilik-bilik khas.Pemantauan awal tahun oleh pihak PPD juga dijalankan agar perjalanan sesi persekolahan 2012 dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Usaha Maju Jaya.

02 Januari 2012

Simfoni Keazaman Baru...


Tinggalkan kenangan lipatan yang lama...buka satu lembaran baru...2012 menjelma kini..keazaman dan tekad baru dipupuk kini...warga pendidik Sk.Gombang perlu bangkit dan bangun menyemarakkan sinar harapan demi kecemerlangan pada tahun ini...Insya Allah jika kita bersatu hati demi anak-anak bangsa...ikhlas di sanubari..pasti kejayaan milik kita...amiraditrana pekaca sentiasa berdoa seiring dengan usaha menggapai bintang memetik impian...SK.GOMBANG terus maju dalam kegemilangan...

28 Jun 2011

Hari keluarga dan Komuniti Kampung Gombang

Assalamaulaikum dan salam sejahtera,
Pada pertengahan bulan Jun yang lepas sekolah ini telah menjadi tuan rumah bagi aktivit Hari Keluarga dan Komuniti Kampung Gombang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari tersebut yang sungguh menyeronokkan dan dapat mengeratkan tali silaturahim di antara seluruh panduduk Kampung Gombang.
Aktiviti seumpama ini amatlah patut dilaksanakan bagi meningkatkan perpaduan seluruh penduduk semua kaum. Kami warga sekolah berbesar hati keran dapat bersama-sama menjayakan program ini dan berharap semoga ia dapt menjadi tradisi berterusan yang akan menyatukan seluruh penduduk tidak kira agama, bangsa, jantina dan peringkat umur.

12 Jun 2011

Tahniah UPPM 2

Tahniah kepada semua kerana peningkatan yang baik dalam Ujian Pengesanan Prestasi Murid 2 yang lalu. Semoga peningkatan yang baik ini akan berterusan dan akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang di akhir UPSR yang mendatang.

07 Februari 2011

Banjir di Kampung Gombang semakin surut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, keadaan banjir di Kampung Gombang dan kawasan sekitarnya semakin pulih. Banyak rumah-rumah yang sudah mula dapat dibersihkan dan insya Allah sedikit hari lagi dapat diduduki semula.
Banjir yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan P&P tidak dapt dijalankan kerana hanya beberapa orang murid dan guru sahaja yang dapat hadir ke sekolah, dalam masa yang sama sekolah masih lagi menjadi pusat penempatan banjir. Bantuan asas masih lagi ada untuk kegunaan penduduk yang terputus hubungan. Semoga dengan rahmat Allah, banjir yang melanda pada tahun ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini dan semuanya akan kembali seperti sediakala.








04 Februari 2011

Pekan Pagoh dinaiki air!!!

Assalamaulaikum,
Bermula 5 hari yang lalu, keadaan banjir yang melanda Johor kini gelombangnya telah sampai ke Daerah Muar, terutamanya di bahagian Bukit Kepong, Lenga, Pagoh dan Panchor. Kini Pekan Pagoh juga telah dinaiki air dan paras paling tinggi malam tadi menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat melaluinya untuk satu jangka waktu yang tidak terlalu lama (nasib baik air surut). Keadaan air yang semakin surut pada hari ini membolehkan kenderaan melalui kawasan pekan dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan  simpang empat menuju Kampung Raja. Semoga semua selamat dan sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga selalu. maaf tiada gambar untuk dipaparkan sebab kamera takde...

03 Februari 2011

Gombang Dilanda Banjir!!!

Assalamualaikm...
Hari ini merupakan hari ke3 SK Gombang menjadi tempat penempatan mangsa banjir tahun ini, setelah banjir pada hujung tahun 2006 yang lalu. Rumah-rumah yang dinaiki dan ditengglami air kelihatan di sana sini. Majoriti panduduk kampung ini telah dipindahkan ke sini pada hari ke2 bajir mula melanda kampung ini yang sebelumnya ditempatkan di balai raya. Kekurangan bantuan yang diterima dari luar menjadikan keadaan di sini bertambah kurang ceria. Namun apakan daya terus bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada sambil terus memohon bantuan semoga tiba dan mencukupi.






















Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH