TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

02 Julai 2012

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah 2012

Sk.Gombang telah menghantar En.Amir bin Buang guru yang mengajar Subjek Sains tahun 4 bagi mengikuti kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah.Kursus ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik Johor Baru dan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

Gerak Gempur UPSR 2012


Gerak Gempur UPSR telah bermula di peringkat Zon Lenga.Sk.Gombang mengahantar 3 orang murid kategori harapan ke Dewan Sk.Kg.Bahru Bt.28 Lenga sebagai pesediaan untuk menghadapi peperiksaan penentuan UPSR tahun ini. Mereka ialah adik Aiman Taufiq, Aisyah bte Mohd Said, adik Norhidayah bte Borhan, yang mana mereka merupakan aset sekolah yang perlu diberi latihan pengukuhan dan latih tubi selalu.Selama 4 hari diperutukkan masa menjayakan program ini iaitu bermula pada 2 Julai sehingga 5 Julai 2012.Terima kasih kepada jawatankuasa zon Lenga yang dapat mengendalikan program ini.Usaha Maju Jaya.

29 Jun 2012

Ceria dan Kondusif diutamakan..

Agenda hadiah piala pusingan keceriaan dan kelas paling kondusif diteruskan pada minggu ke 21 2012 ini... Tahun lima masih rangking yang terbaik.Hadiah rangsangan disampaikan oleh En.Zulkarnain bin Md.Said Guru Kanan 1 Sk.Gombang dan diiringi oleh En.Amir bin Buang Guru Hem Sk.Gombang.Usaha Maju Jaya.

22 Jun 2012

SEKOLAH PENYAYANG...

Untuk mewujudkan watak sekolah penyayang memerlukan komitmen semua pihak.Dari muka pintu sekolah hingga ke pentadbiran aamatlah sukar.Murid-murid adalah aset sekolah yang berharga.Tiada murid tiadalah guru yang mengajar.Wahai warga Sk.Gombang didiklah anak-anak dengan penuh sabar dan keikhlasan.Buktikan kepada diri sendiri ...kita boleh buat melahirkan murid yang cerdik dan tiada masalah 3M di sekolah.Usaha Maju Jaya... Fokuskan co-business kita...

19 Jun 2012

Agenda Kecemerlangan Diteruskan...


Add caption

Add caption

Add caption


Add caption
Add caption
Agenda kelas paling bersih dan ceria pada minggu ke 20 ini telah diraih oleh kelas tahun 5 bawah pimpinan Nor Ilyani Ahmad Mustafa sebagai guru kelas.Nampak gayanya Cikgu Yani bersemangat untuk menceriakan kelas dan persekitarannya agar kondusif.Tahniah untuk Cikgu Yani dan anak-anak muridnya.Tn.Hj.Md Dun Guru Besar Sk.Gombang  menyampaikan hadiah piala pusingan dan juga hadiah kuiz mengecam nilai murni bagi Persatuan Bahasa Melayu.Mohd Haziq juara bagi kuiz kali ini yang mampu mengecam nilai murni yang terbanyak.Tahniah semua.

11 Jun 2012

Kelas Paling Ceria dan Kemas Sebelum Cuti Sem 2

Tn.Hj.Md.Dun bin Mahmod menyampaikan hadiah rangsangan positif untuk kesekian kalinya bagi kelas yang terbaik dan terbersih.Kali ini tahun empat mengungguli carta daripada kelas-kelas yang lain.Teruskan usaha murni ini. Ketua kelas tahun 4 iaitu Mohd Nuriel Amsyar bin Hisham menerima plak tersebut.Usaha Maju Jaya.

17 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012









Add caption
Add caption





Sambutan Hari Guru yang penuh indah dan bermakna.

16 Mei 2012

Mesyuarat Pengurusan & Kurikulum kali 2 2012



Mesyuarat pengurusan & Kurikulum Sk.Gombang kali ke-2 kali ini dipengerusikan oleh Tn.Hj.Md Dun bin Mahmod Guru Besar  Sk.Gombang yang baru .Tonggak pimpinan yang baru ini akan mencari resepi dan ramuan yang terbaik dalam menentukan arah hala tuju kecemerlangan peperiksaan.Banyak perkara yang ditimbulkan dan dikemaskinikan, mana yang elok diteruskan dan ditacapbaikkan demi era baru Sk.Gombang.Semoga Tn.Hj. Md Dun Sucsess, ceria,sihat sejahtera meneruskan agenda yang terbaik buat Sk.Gombang.

10 Mei 2012

Pemimpin Baru Ayahanda Baru...Tunggak Berwawasan..

Sk.Gombang telah menerima ayahanda baru sebagai tunggak utama meneruskan perjuangan menuju kegemilangan.Semoga Guru Besar baru yang berwawasan ini memberikan impak yang positif kepada iklim dan kemajuan pendidikan sekolah. Selamat datang kepada En.Md Dun bin Mahmod ke Sk.Gombang.Kami warga pendidik Sk.Gombang berbesar hati, bangga dan tangan terbuka menerima kehadiran tuan sebagai ahli Sk.Gombang yang tercinta.Selamat Maju Jaya semoga Allah memeberikan rahmat dan kemurniaan kepada semua. Pemimpin dijulang wawasan gemilang.

03 April 2012

Pacak 4G

Mungkin lebih kuat tarikan
gelombang TMK dengan
terpacaknya tiang 4G tersebut.

Kemenangan Pencetus Tekad Kecemerlangan BM

Panitia Zon Lenga telah mengadakan karnival Bahasa Melayu tahun 2012 pada 28/3/2012 di Sk.Pekan Pagoh.Sk.Gombang telah menghantar peserta dalam beberapa pertandingan bahasa.Memang tidak diduga, hasil keringat yang bersungguh-sungguh telah membuahkan hasil.Hairie bin Mahpop telah menjadi naib johan berpidato, Mohd Afiq Iyad bin Bahaman pula menjadi naib johan pertandingan bercerita tahap 1 manakala adik Norasyikin bin Ahmad mendapat tempat ke -3 dalam acara mengarang esei. Tiga kemenangan ini walaupun bukan rangking yang terbaik namun mencetus semangat persaingan kepada sekolah-sekolah yang besar yang lain.Sk.Gombang sekolah SKM (sekolah kurang murid) mampu bersaing dan yakin mampu boleh lakukan.Hadiah , sijil dan sagu hati pencetus rangsangan disampaikan oleh Guru Besar,Hjh.Normah bte Hasshim pada hari perhimpunan mingguan pelajar 2/4/2012.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH