TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

23 Oktober 2012

Pengakap JotaJoti Dunia


























Sk.Gombang telah menghantar seramai 13 orang pelajar untuk menyertai  Program Jota Joti Dunia di Sk.Pt.Keroma Darat yang mana berlangsung  19-23/10/2012.Perjalanan program berjalan lancar walupun pada hari pertama pendaftaran hujan sepanjang petang melimpahi padang Sk.Pt.Keroma.Namun alternatif telah dilakukan.

22 Oktober 2012

Program Selepas UPSR 2012







Murid-murid tahun 6 diberikan tugasan sosial mengemaskinikan kitab-kitab di surau supaya tersusun.Kitab-kitab yang telah koyak ditampal dan dibaikpulih.Selain program MBM MBI , banyak program seperti lawatan, pameran,membina buku skrap, perkhemahan serta sukan dijalan bagi menambahkan kekuatan minda dan fizikal untuk persediaan ke tingkatan 1.

BOS BERJIWA RAKYAT




Sama-sama merasa dan seia sekata.Tn.Hj.Md Dun sebagai Guru Besar Sk.Gombang..memang sinonim dengan semangat berjiwa rakyat yang mengutamakan semangat kekitaan.Sehingga makan pun boleh duduk sama-sama menikmati juadah sekiranya ada majlis walaupun duduk di atas tikar.Teruskan dengan semangat kemesraanmu.Kami warga Sk.Gombang mendoakan kesejahteraan bos.Selamat maju jaya..

INTERPRETASI REALITI PENGIRAAN SKPM E-PENARAFAN KENDIRI OLEH NAZIR DAERAH










Pada 11/10/2012 ,warga pentadbir SKG telah didedahkan bagaimana pengiraan sebenar SKPM e-Penarafan yang sebenarnya.Taklimat telah disampaikan oleh nazir daerah di bilik mesyuarat.Kami warga pentaddbir didedahkan dengan realiti dari segi 5 elemen yang hendak dinilai dalam E-penarafan agar telus dan berintegriti.Setiap skor perlu ada bukti yang kukuh sekiranya kita menilai dan menetapkannya agar SKPM yang dijadikan kayu pengukur tersebut tepat dan meyakinkan.Pelbagai soalan diajukan kepada nazir yang datang ke Sk.Gombang.Harapan kami warga sekolah dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan harmoni.

Latihan Sukantara 2012














MESYUARAT MGB DI SK GOMBANG





Pada 11.10.2012 Majlis Mesyuarat MGB telah menjadikan Sk.Gombang sebagai lokasi perbincangan dan mesyuarat untuk menetapkan perancangan-perancangan dan aktiviti-aktiviti akhi tahun mereka.Tn.Hj.Mas'od dan ahljawatankuasanya menjadikan Sk.Gombang tempat mencari ilham dan merasai angin sungai Gombang.Buat julung-julung kalinya ahli MGB ini berkumpul bersama di kawasan zon Lenga.Sk.Gombang berasa berbangga dan terima kasih atas kesudian MGB mengadakan mesyuarat di tempat kami.Sajian baung asam rebus Gombang di sulami lauk pauk masyarakat Gombang menyerikan lagi suasana majlis mesyuarat tersebut.Kami berharap agar MGB sudi-sudilah lagi bertandang ke tempat kami.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH