TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

15 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia kepada semua. Malaysia, negara yang penuh warna-warni dengan perayaan pelbagai kaum. Kalendar Qamari Cina pada tahun ini ialah Tahun Harimau yang dikatakan membawa sifat positif: berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh.

Manakala sifat negatif:
ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar

Semoga warga SK Gombang dan seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat positif dan menjayakan 1 Malaysia yang merdeka jasmani dan rohani. Bersama
kita memacu kecemerlangan.

09 Februari 2010

Salam semua,
school days dah mula lebih sebulan...
UPPM 1 / PKSR yg pertama dekat dah, agak2 awal bln 3 ni...
be prepared.
set the best as our concrete platform.
As for me, risau jugak dgn bdk2 thn.6, minta tolong la pd semua warga Gombang sama2 bimbing anak2 emas kita ni.
InsyaAllah berjaya!!!

01 Februari 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN KETUA KELAS SESI 2010


Tahniah dan selamat menjalankan tugas. Semoga calon yang terpilih dapat menjadi contoh yang baik kepada semua pelajar yang lain.


"Great Power Comes With Great Responsibility"







28 Januari 2010

Assalamkum dan salam 1 Malaysia

Kepada rakan2 seperjuangan,

Terlebih dahulu saya mengucapakan terima kasih kepada rakan2 kerana banyak membantu dalam pengurusan sekolah khasnya kepada en Mohd Salleh kerana banyak membantu dalam mewujudkan laman wed sekolah. Cadangan pernah saya usulkan dengan ckg Amir,namun kerana kekangan tugas maka ia hanya sebagai mimpi sahaja. Sejak tahun 2009 hingga sekarang sk kita pun telah cukup bilangan guru,ckg Anwar Fathi adalah guru baru yang mengajar kelas pemulihan.Semoga lembaran 2010 akan menambahan keceriaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
salam semua, salam 1 Malaysia.
this is my first note for 2010, sori la... lambat skit. for the 1st time,
besarla harapan...mengekalkan keputusan 100% upsr dan
tingkatkan kecemerlangan dalam semua bidang.
ayuh semua, kita gerakkan jentera!!!!

27 Januari 2010

MERAFAK TAKZIAH

"Merafak Takziah Ke Atas DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Al-Allah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang Jan 22. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah"

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

12 Januari 2010

Tahun Baru Azam Baru


Tahun 2010 pasti penuh cabaran, pastikan hala tuju, misi dan visi dicapai agar kejayaan UPSR 2010 dalam genggaman. Kelas tambahan telah bermula, program kecemerlangan sudah tersusun rapi, mulakan langkah dengan kemas, pastikan anda tidak ketinggalan dalam mengejar impian yang gemilang dan terbilang.
...........USAHA MAJU JAYA.........

10 Januari 2010

2009 Dalam Kenangan, 2010 Dalam Pembikinan

Tahun 2009 telah berlalu dan kini kita mengorak langkah baru 2010. Pastinya banyak perkara yang akan sentiasa menjadi memori sepanjang 2009. Kejayaan lalu akan menjadi pendorong untuk terus menempa kecemerlangan. Ayuh kita sambung perjuangan selagi masa masih terluang.

Wajah-wajah kejayaan 100% UPSR 2009

Tahniah!
Berkat usaha gigih dan tidak kenal erti berputus asa, kecemerlangan UPSR 2009 diteruskan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan semua programuntuk kejayaan UPSR 2009. Syabas semua.


Nurul Auni Afiqah bt Bahaman

5A



Nurul Shafawani bt Nor Alfatah

4A 1B



Siti Norshazwani bt Md Diah

3A 1B 1C



Muhammad Ridhuan bin Mohd Borhan

1A 2B 2C



Muhammad Redzuan bin Mohd Simad

1A 1B 3C




Muhammad Amirul bin Mohd Amin

1B 4C

15 November 2009

Aktiviti tutup buku...


Haa...cuti sekolah dah hampir bermula. Lain sekolah lain aktiviti yang dijalankan, ada yang buat sukan, ada yang berkhemah (dalam hujan :)), ada yang sambut hari kecemerlangan, hari kantin dan macam-macam hari lagi... Yang tak ketinggalan jamuan akhir tahun mesti ada, tanpanya tak lengkaplah aktiviti penutup sesi persekolahan.


Keputusan UPSR baru-baru ini pun sudah hampir diumumkan. Harapan menggunung tinggi pada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut semoga berjaya dengan cemerlang. Insya Allah..


Murid-murid yang dah nak "bertukar kulit" tu biasa la saat penghabisan inilah yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan apa yang belum lengkap di alam sekolah rendah. Selepas ini tak pasti bila kalian akan kembali menjengah kami di sini.


Peperiksaan yang bakal menyusul pada minggu ini ialah SPM dan STPM, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini.


Minggu ini di SK Gombang akan berlangsung


Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kantin.



Tarikh : 17/11/12009

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang



**Gerai jualan

**Teka biji betik

**Hadiah menarik disediakan



Semua dijemput hadir memeriahkan lagi suasana majlis.

27 Oktober 2009

Peperiksaan akhir tahun 2009

Selamat menduduki Peperiksaan akhir tahun untuk smua murid2 SKG. Jawab soalan btul2 dan pastu doa & tawakkal pd Allah. Smua guru doakan yang terbaik. Smua guru meletakkan harapan yg tinggi agar murid2 berjaya. klau kputusan cemerlang, smua pun senang, GB pun sayang! tp klau tak cmerlang.... abislaa, masalah datang melayang. Personally, I think, everybody shoul excell. mane taknye, semuanya cukup sifat, tambah plak, kmudahan smua cukup lengkap, ilmu yg ckgu2 curah smpai mlimpah ikut tingkap!!!
yang tinggalnya nak dgn tak nak je..
Wahai anak2 didikku sayang, fikirkanlah sesuatu untuk msa dpan yang terjamin...
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Klau asyik brdalih, nanti masa depan jerih!
Puas dah cikgu nasihat, puas jugak kena bebel. klau malas belajar & degil jugak,
hantar masuk jel!!!! Nak?????

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH