TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

30 April 2010

UPPM 2


Kepada semua guru dan murid SK Gombang...
Jgn leka..peperiksaan semakin hampir...semoga kecemerlangan SK Gombang dapat dipertingkatkan.Good Luck!

17 April 2010

Kempen Keselamatan Jalan Raya

Pengguna jalan raya kini semakin bertambah sejajar dengan pertambahan penduduk dan pemilik kenderaan di negara kita. Setiap hari sentiasa ada laporan kemalangan jalan raya yang serius berlaku di negara kita. Aspek keselamatan perlulah diutamakan setiap waktu walau di mana kita berada. Menyedari masalah ini guru-guru SK Gombang mengambil inisiatif proaktif dalam menyalurkan informasi dan pengetahuan berkenaan aspek keselamatan di jalan raya. Murid-murid didedahkan dengan tatacara yang betul semasa berada di jalan raya agar kejadian yang tidak diingini dapat dihindari. Marilah kita berama-sama menyampaikan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya agar kita semua selamat di jalan raya.





06 April 2010

Kaabah adalah pusat bumi.

isu hangat

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

isu hangat

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasminya mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang pasti ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para pengkaji Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki chateristic dan menghubungkan antara Kaabah di di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.

isu hangat

isu hangat

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Posted asal di www.isuhangat.net .

22 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

MEMANTAPKAN UKHWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH

TARIKH : 12 MAC 2010
MASA : 0800-1130
TEMPAT MULA PERARAKAN : MASJID KG GOMBANG
TEMPAT CERAMAH : SURAU SK GOMBANG


UPPM 1 telah berlalu..



Ujian Penilaian Prestasi Murid 1 (UPPM 1) telah pun berlalu pada 4 Mac 2010 dan pengemaskinian data UPPM 1 PPD Muar juga telah dilakukan pada 17 Mac 2010. Hasil yang diperolehi masih memerlukan beberapa sentuhan sebelum kilauan permata kecemerlangan membuahkan hasil. Marilah rakn seperjuangan ayuh kita gilap permata di tangan agar kilauan kecemerlangan begemerlapan. :)

02 Mac 2010

SELAMAT HARI MAULIDUR RASUL 1431H


Salam Maulidur Rasul 1431H/2010M kepada seluruh umat Islam terutama ahli keluarga dan warga pendidik SK Gombang.

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah "Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah" Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi membawa umatnya ke arah jalan yang benar, mulia dan jalan yang diberkati oleh Allah SWT.
Semoga limpah dan rahmat berkekalan kepada Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat, kerana dengan perjuangan Baginda SAW dan para sahabatlah kita dapat mengecapi kehidupan Islam pada hari ini yang menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

15 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia kepada semua. Malaysia, negara yang penuh warna-warni dengan perayaan pelbagai kaum. Kalendar Qamari Cina pada tahun ini ialah Tahun Harimau yang dikatakan membawa sifat positif: berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh.

Manakala sifat negatif:
ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar

Semoga warga SK Gombang dan seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat positif dan menjayakan 1 Malaysia yang merdeka jasmani dan rohani. Bersama
kita memacu kecemerlangan.

09 Februari 2010

Salam semua,
school days dah mula lebih sebulan...
UPPM 1 / PKSR yg pertama dekat dah, agak2 awal bln 3 ni...
be prepared.
set the best as our concrete platform.
As for me, risau jugak dgn bdk2 thn.6, minta tolong la pd semua warga Gombang sama2 bimbing anak2 emas kita ni.
InsyaAllah berjaya!!!

01 Februari 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN KETUA KELAS SESI 2010


Tahniah dan selamat menjalankan tugas. Semoga calon yang terpilih dapat menjadi contoh yang baik kepada semua pelajar yang lain.


"Great Power Comes With Great Responsibility"







28 Januari 2010

Assalamkum dan salam 1 Malaysia

Kepada rakan2 seperjuangan,

Terlebih dahulu saya mengucapakan terima kasih kepada rakan2 kerana banyak membantu dalam pengurusan sekolah khasnya kepada en Mohd Salleh kerana banyak membantu dalam mewujudkan laman wed sekolah. Cadangan pernah saya usulkan dengan ckg Amir,namun kerana kekangan tugas maka ia hanya sebagai mimpi sahaja. Sejak tahun 2009 hingga sekarang sk kita pun telah cukup bilangan guru,ckg Anwar Fathi adalah guru baru yang mengajar kelas pemulihan.Semoga lembaran 2010 akan menambahan keceriaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
salam semua, salam 1 Malaysia.
this is my first note for 2010, sori la... lambat skit. for the 1st time,
besarla harapan...mengekalkan keputusan 100% upsr dan
tingkatkan kecemerlangan dalam semua bidang.
ayuh semua, kita gerakkan jentera!!!!

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH