TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

17 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012









Add caption
Add caption





Sambutan Hari Guru yang penuh indah dan bermakna.

16 Mei 2012

Mesyuarat Pengurusan & Kurikulum kali 2 2012



Mesyuarat pengurusan & Kurikulum Sk.Gombang kali ke-2 kali ini dipengerusikan oleh Tn.Hj.Md Dun bin Mahmod Guru Besar  Sk.Gombang yang baru .Tonggak pimpinan yang baru ini akan mencari resepi dan ramuan yang terbaik dalam menentukan arah hala tuju kecemerlangan peperiksaan.Banyak perkara yang ditimbulkan dan dikemaskinikan, mana yang elok diteruskan dan ditacapbaikkan demi era baru Sk.Gombang.Semoga Tn.Hj. Md Dun Sucsess, ceria,sihat sejahtera meneruskan agenda yang terbaik buat Sk.Gombang.

10 Mei 2012

Pemimpin Baru Ayahanda Baru...Tunggak Berwawasan..

Sk.Gombang telah menerima ayahanda baru sebagai tunggak utama meneruskan perjuangan menuju kegemilangan.Semoga Guru Besar baru yang berwawasan ini memberikan impak yang positif kepada iklim dan kemajuan pendidikan sekolah. Selamat datang kepada En.Md Dun bin Mahmod ke Sk.Gombang.Kami warga pendidik Sk.Gombang berbesar hati, bangga dan tangan terbuka menerima kehadiran tuan sebagai ahli Sk.Gombang yang tercinta.Selamat Maju Jaya semoga Allah memeberikan rahmat dan kemurniaan kepada semua. Pemimpin dijulang wawasan gemilang.

03 April 2012

Pacak 4G

Mungkin lebih kuat tarikan
gelombang TMK dengan
terpacaknya tiang 4G tersebut.

Kemenangan Pencetus Tekad Kecemerlangan BM

Panitia Zon Lenga telah mengadakan karnival Bahasa Melayu tahun 2012 pada 28/3/2012 di Sk.Pekan Pagoh.Sk.Gombang telah menghantar peserta dalam beberapa pertandingan bahasa.Memang tidak diduga, hasil keringat yang bersungguh-sungguh telah membuahkan hasil.Hairie bin Mahpop telah menjadi naib johan berpidato, Mohd Afiq Iyad bin Bahaman pula menjadi naib johan pertandingan bercerita tahap 1 manakala adik Norasyikin bin Ahmad mendapat tempat ke -3 dalam acara mengarang esei. Tiga kemenangan ini walaupun bukan rangking yang terbaik namun mencetus semangat persaingan kepada sekolah-sekolah yang besar yang lain.Sk.Gombang sekolah SKM (sekolah kurang murid) mampu bersaing dan yakin mampu boleh lakukan.Hadiah , sijil dan sagu hati pencetus rangsangan disampaikan oleh Guru Besar,Hjh.Normah bte Hasshim pada hari perhimpunan mingguan pelajar 2/4/2012.

26 Mac 2012

Sirna Dadah Jana Minda Sihat Tiada Gundah

Pelancaran Aktiviti Minggu Anti dadah telah dilaksanakan oleh Hjh.Normah bte Hasshim pada 19/3/2012 yang lalu.Sulaman aktiviti direalisasikan di setiap kelas agar menjurus pada objektif "Saya Benci dadah" dilaksanakan dengan sempurna.Melukis poster, deklamasi sajak dan paparan kesan buruk penggunaan penyalahgunaan dadah dijadikan wadah dalam menghiasi aktiviti Anti dadah.Moga minda yang sihat dapat dijana dengan sirnanya durjana tersebut di muka bumi ini.En.Mohd Azhar bin Samion guru yang dipertanggungjawabkan merealisasikan aktiviti ini.Semoga peranan beliau terus ikhlas dalam mencari agenda yang terbaik untuk kesejahteraan murid-murid Sk.Gombang dan warganya. Usaha Maju Jaya.

HABUAN KEMENANGAN CETUS RANGSANGAN KE PERINGKAT DAERAH 2012

Penyampaian hadiah kemenangan kepada pelajar yang telah berjaya di peringkat zon telah dilaksanakan.Mohd Nuril Amsyar bin Hisham Johan Hafazan dan Norfarisyah Nadiah tempat ke 3 dalam kategori yang sama menyemarakkan lagi rangsangan positif kepada pelajar lain untuk terus mencipta nama dalam apa jua bidang terutamanya ko-akademik.En.Amir bin Buang Guru Hem sekolah Kebangsaan Gombang telah menyampaikan hadiah kemenangan tersebut agar dapat direalisasikan di peringkat daerah nanti.Usaha keras Uztazah Zainura bte Omar dan Ustaz Mohd Zaki bin Ismail menjadi pemangkin guru-guru yang lain.Teruskan perjuangan demi kecemerlangan.

12 Mac 2012

MEJA BULAT,HUJAH HEBAT, KATA SEPAKAT





Guru-guru Sk.Gombang diketuai peneraju utama Hjh.Normah bte Hasshim iaitu Guru Besar, mengadakan mesyuarah untuk mencari kata sepakat melaksanakan program-program peningkatan dan kecemerlangan sekolah. Setiap bibit-bibit idea dan picisan minda diutarakan dan dimanipulasikan sebagai ramuan yang terbaik untuk membuahkan hasil kecemerlangan dalam semua elemen.Mesyuarat kali ke 4 ini dijalankan dalam suasana yang tenang dan menyuburkan minda.InsyaAllah segala usaha yang dirancang terus terlaksana atas keyakinan dan kesepakatan bersama.

09 Mac 2012

MESYUARAT AJK PIBG KALI 2 2012



Perbincangan mencari kata putus untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Gombang sesi 2012/2013 telah diadakan pada 8 Mac 2012 di di bilik mesyuarat.Ahli ajk memberikan pendapat dan sepakat bagi melaksanakan program yang dirancang.Mesyuarat tersebut dihadiri Pn.Hjh.Normah bte Hasshim sebagai penasihat dan pengerusi mesyuarat dikelolakan oleh Pn.Norela bte Ismail.Semoga kerjasama antara warga guru dan ibu bapa seiring dan seia sekata.

07 Mac 2012

PERMAINAN BAHASA





Segera berbincang dan mengeluarkan idea menjadi fokus kepada permainan bahasa ini.Usaha Maju Jaya.

FOKUS KECERIAAN

Mesyuarat bersama pekerja-pekerja sekolah pada hari ini.Pn.Hjh.Normah Hasshim ,Guru Besar Sk.Gombang sebagai peneraju utama mencari kata sepakat untuk mencapai objektif bagaimana menceriakan kawasan sekolah dan pembahagian tugasan setiap blok dan sudut.Tahun ini, Sk.Gombang dicalonkan sebagai sekolah yang akan dinilai dari segi 3k iaitu perlestariannya dan keselamatan.Kerjasama antara semua pihak diperlukan untuk memastikan keseluruhan kawasan bersih dan ceria dari pelbagai sudut. Tiga orang pekerja swasta bahagian pembersihan senantiasa memberi kerjasama memastikan semua yang dirancang berjalan dengan baik.Pn.Norsholehan, En.Mohd Rizal dan En.Arrifin mendengar arahan yang diberikan serta memberi komitmen yang sepenuhnya dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan ceria.En.Amir bin Buang, Guru Hem dan Pn.Zalmi sebagai pembantu tadbir sekolah sama-sama berbincang mencari idea yang terbaik memastikan sekolah dalam keadaan yang terurus dan tersusun.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH