TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

05 Februari 2012

Penilaian Baik Pulih Padang RMK ke-9 2012






Pemantauan dan penilaian baik puih padang RMK ke 9 telah dijalankan oleh pegawai PPD dan JPN ke sekolah Sk.Gombang pada tanggal 3.2.2012.Status baik pulih padang setakat ini masih lagi belum siap sepenuhnya namun pengemaskinian pada tahap akhir akan dijalankan mungkin tidak lama lagi .Keadaan permukaan padang masih lagi berbonggol-bonggol dan tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti ko kurikulum.Apa pun pihak sekolah mengharapkan agar keadaan ini dapat disegerakan dan disempurnakan demi kesejahteraan murid apatah lagi dasar 1M1S perlu dilaksanakan di sekolah.

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME PIBG PARLIMEN PAGOH 2012







Pada 4.02.2012 yang lalu pihak sekolah telah menghantar empat orang wakil iaitu En.Amir bin Buang sebagai Guru Hem Sk.Gombang, En.Mohd Azhar bin Samion wakil guru,Pn.Norela bte Ismail selaku Yang Dipertua PIBG dan En.Ismail bin Abdullah untuk mengahadiri satu diskusi atau seminar pemantapan Profesionalisme PBG bawah anjuran Parlimen Pagoh bersama PPD Muar dan Yayasan Nurul Yaqeen.Sasaran utama program ini sebenarnya adalah kepada ahli jawatankuasa tertinggi PIBG dari 34 buah sekolah di Parlimen Pagoh.

Fokus utama ialah melahirkan ramai warga PIBG cemerlang yang bakal melengkapi matlamat penting ibu bapa dan pihak sekolah iaitu membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah.Program ini telah menjemput khas YBhg.Tuan Hj.Hushim bin Salleh iaitu Penceramah Bebas dan Kaunselor Berdaftar Hushim Motivasional & Counselling Concultancy.Beliau telah memberikan banyak wadah yang berfokuskan Kepimpinan Efektif dan Perancangan Strategik.Sebenarnya ketua sekolah dan ketua ibu bapa perlu ada komitmen bersama dan ikhlas bekerja demi mencapai objektif sesebuah organisasi yang cemerlang.Kasih sayang perlu dipupuk antara ahli dan ketua.Itu yang penting menjadikan segalanya berjalan dengan teliti dan sempurna.Insya Allah...

01 Februari 2012

Minggu Transisi 2012 Tahun 1 Sk.Gombang




Tahun 2012 tahun yang mencatatkan sejarah bagi Sk.Gombang kerana tahun ini murid tahun 1 hanya seorang sahaja.Shahrizan bin Norizan murid yang bertuah dan hanya murid ini sahaja yang menjadi fokus KSSR 2012.Walaupun hanya seorang ...namun semangat guru SK.Gombang tidak pernah luntur untuk terus berkhidmat dan mengajar.Usaha Maju Jaya.

LDP KSSR 2012






Awal tahun 2012, LDP KSSR telah dijalankan dengan semua mata pelajaran difokuskan.Setiap guru yang terlibat dengan kursus KSSR akan menyampaikan kembali input yang diperolehi kepada guru-guru Sk.Gombang agar dapat lebih memahami dan meneruskan agenda P&P dengan lebih berkesan.Setiap guru memberikan pandangan dan interpretasi agar LDP lebih tercapai dan ojektif yang dicari dapat dikongsi bersama.

Watiqah Pelantikan Pengawas SK.Gombang


Sebagai pengawas yang bakal menjalankan tugas mengawas dan membantu guru menguruskan disiplin sekolah amat diperlukan.Watiqah pelantikan 2012 telah memilih pelajar yang betul-betul memberikan komitmen kepada sekolah.Disiplin yang sifar agar terus sifar.





Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.Gigih dan berusaha memajukan anak bangsa.Sk.Gombang terus unggul dan berdaya saing dengan sekolah bandar yang lain.Usaha Maju Jaya.Pengajaran yang efektif menjamin keberkesanan dan kefahaman murid semasa dalam kelas.Kelas dan suasana kondusif sedang diatur untuk menceriakan dan menarik minat murid untuk belajar.








Lafaz janji UPSR telah dilaksanakan oleh pelajar SK.Gombang 2012 di hadapan ibu bapa masing-masing.Janji mesti dikuota.Target cemerlang 5A dan cemerlang sahsiah menjadi harapan menggunung tinggi dalam tekad sanubari pelajar ini.Semoga genggaman kejayaan akan digapai.Usaha Maju Jaya.

04 Januari 2012

Persediaan dan Pemantauan 2012


Warga Sk.Gombang sibuk bergotong-royong untuk mengemaskinikan kelas dan bilik-bilik khas.Pemantauan awal tahun oleh pihak PPD juga dijalankan agar perjalanan sesi persekolahan 2012 dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Usaha Maju Jaya.

02 Januari 2012

Simfoni Keazaman Baru...


Tinggalkan kenangan lipatan yang lama...buka satu lembaran baru...2012 menjelma kini..keazaman dan tekad baru dipupuk kini...warga pendidik Sk.Gombang perlu bangkit dan bangun menyemarakkan sinar harapan demi kecemerlangan pada tahun ini...Insya Allah jika kita bersatu hati demi anak-anak bangsa...ikhlas di sanubari..pasti kejayaan milik kita...amiraditrana pekaca sentiasa berdoa seiring dengan usaha menggapai bintang memetik impian...SK.GOMBANG terus maju dalam kegemilangan...

28 Jun 2011

Hari keluarga dan Komuniti Kampung Gombang

Assalamaulaikum dan salam sejahtera,
Pada pertengahan bulan Jun yang lepas sekolah ini telah menjadi tuan rumah bagi aktivit Hari Keluarga dan Komuniti Kampung Gombang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari tersebut yang sungguh menyeronokkan dan dapat mengeratkan tali silaturahim di antara seluruh panduduk Kampung Gombang.
Aktiviti seumpama ini amatlah patut dilaksanakan bagi meningkatkan perpaduan seluruh penduduk semua kaum. Kami warga sekolah berbesar hati keran dapat bersama-sama menjayakan program ini dan berharap semoga ia dapt menjadi tradisi berterusan yang akan menyatukan seluruh penduduk tidak kira agama, bangsa, jantina dan peringkat umur.

12 Jun 2011

Tahniah UPPM 2

Tahniah kepada semua kerana peningkatan yang baik dalam Ujian Pengesanan Prestasi Murid 2 yang lalu. Semoga peningkatan yang baik ini akan berterusan dan akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang di akhir UPSR yang mendatang.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH