TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

05 Februari 2012

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME PIBG PARLIMEN PAGOH 2012







Pada 4.02.2012 yang lalu pihak sekolah telah menghantar empat orang wakil iaitu En.Amir bin Buang sebagai Guru Hem Sk.Gombang, En.Mohd Azhar bin Samion wakil guru,Pn.Norela bte Ismail selaku Yang Dipertua PIBG dan En.Ismail bin Abdullah untuk mengahadiri satu diskusi atau seminar pemantapan Profesionalisme PBG bawah anjuran Parlimen Pagoh bersama PPD Muar dan Yayasan Nurul Yaqeen.Sasaran utama program ini sebenarnya adalah kepada ahli jawatankuasa tertinggi PIBG dari 34 buah sekolah di Parlimen Pagoh.

Fokus utama ialah melahirkan ramai warga PIBG cemerlang yang bakal melengkapi matlamat penting ibu bapa dan pihak sekolah iaitu membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah.Program ini telah menjemput khas YBhg.Tuan Hj.Hushim bin Salleh iaitu Penceramah Bebas dan Kaunselor Berdaftar Hushim Motivasional & Counselling Concultancy.Beliau telah memberikan banyak wadah yang berfokuskan Kepimpinan Efektif dan Perancangan Strategik.Sebenarnya ketua sekolah dan ketua ibu bapa perlu ada komitmen bersama dan ikhlas bekerja demi mencapai objektif sesebuah organisasi yang cemerlang.Kasih sayang perlu dipupuk antara ahli dan ketua.Itu yang penting menjadikan segalanya berjalan dengan teliti dan sempurna.Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH