TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

27 Februari 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2012

Nilam,Nilam Anugerah Nilam,Menerangi jalan suram,Nilam,Nilam,AnugerahNilam,Idaman pembaca jaya....begitulah bait frasa dalam lirik irama NILAM yang dinyayikan oleh murid-murid Sk.Gombang bagi menyemarakkan lagi Pelancaran Program Nilam peringkat Sk.Gombang.Tanggal 27.2.2012 adalah tarikh yang direncanakan untuk pelancaran program Nilam peringkat sekolah yang telah disempurnakan oleh Hjh.Normah bte Hasshim Guru Besar Sk.Gombang di tapak kejat perhimpunan sekolah.Murid-murid merasa bangga dan bersemangat untuk menjayakan program ini bagi tahun 2012. Apa yang menarik sebenarnya program ini merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Pelancaran program tersebut diserikan lagi dengan bacaan puisi '' Sinar Ilmu" yang dideklamasikan oleh adik Hairie bin Mahpop pelajar tahun 5 dengan iringan muzik.Selanjutnya pelajar dan guru-guru diberi senaskhah buku untuk menatap selama 5 minit tanda gimik pelancaran program tersebut.Murid-murid berjanji akan mengotakan sanubari melunaskan pembacaan masing-masing ke tahap peringkat NILAM iaitu 360 buah ke atas.Semoga apa yang direncanakan melahirkan bibit-bibit kecemerlangan agar ilmu menjadi nadi kehidupan sepanjang hayat.Usaha Maju Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH