TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

16 Februari 2012

JURI NILAM 2012

Anugerah NILAM merupakan platform pemberian insentif.Penganugerahan ini diberi berdasarkan ketekunan murid memupuk dan mengamalkan tabiat membaca yang cemerlang.Secara simboliknya, penganugerahan ini diharapkan akan turut menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk meningkatkan pengalaman tabiat membaca ke tahap cemerlang.Pada 14 dan 15 Feb 2012 telah dijalankan penilaian kepada peserta-peserta NILAM peringkat Daerah Muar.Untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik memberikan cabaran kepada para juri yang telah dilantik khas oleh pihak PKG. Majlis Anugerh Tokoh NILAM yang diadakan di PKG Parit Bunga,Ledang atas anjuran PPD Muar dengan kerjasama PKG Daerah Muar/Ledang telah berjaya menggilap dan melahirkan Tokoh NILAM yang berkualiti untuk ke Peringkat Negeri pada 21-23 Feb 2012.En.Amir bin Buang dari sekolah Kebangsaan Gombang telah diberi kepercayaan sebagai salah seorang juri penemuduga tokoh NILAM. Insya Allah pengalaman beliau ini akan dijadikan sebagai pemangkin untuk melahirkan Tokoh Nilam di peringkat Sekolah Kebangsaan Gombang dan seterusnya dapat mewakili ke peringkat daerah.Usaha Maju Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH