TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

27 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012 PERINGKAT SEKOLAH

Tanggal 24/2/2012 warga Sk.Gombang telah mengadakan sambutan Maulidurrasul tahun 1433 hijrah.Sambutan ini mencetuskan semangat muhibbah dan silaturrahim kepada mereka.Terima kasih kepada Guru Besar Sk.Gombang yang turut serta dalam perarakan maulidurrasul tersebut.Semoga kasih sayang antara warga dan anak-anak murid terjalin lebih erat.Tiada rasa gundah gulana di hati.Bermula pada awal pagi santapan rohani disajikan oleh Ustazah Zainura bte Umar dengan intipati perjuangan Rasulullah sebagai idola.Kemudian perarakan dari masjid Jamek Kampung Gombang melalui pesisiran sungai Gombang dan seterusnya menuju ke sekolah.Membawa sepanduk sambil melaungkan selawat ke atas Junjungan Penghulu Segala Umat dapat memeriahkan suasana sekeliling.Seterusnya sambutan dilanjutkan lagi dengan pertandingan laungan Azan oleh murid-murid Sk.Gombang dan pertandingan irama padang pasir semua kelas.Ucapan guru besar dan bacaan selawat mengakhiri majlis.Semoga perencanaan sambutan ini lebih bermakna lagi pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH