Setiap hari Rabu, warga Sk.Gombang mengadakan aktiviti gerak kerja badan beruniform.Masa yang dikhaskan hanya 1 masa sahaja iaitu pada pukul 7.30 am hingga 8.00 am.Murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai uniform lengkap pada hari tersebut.Sk.Gombang menjadikan pengakap sebagai satu badan uniform yang mencerminkan pendisiplinan diri yang tertib.Aktiviti kawad kaki,laung agung dan nyanyian disulamkan dalam gerak kerja ini.Pengerusi pengakap kanak-kanak iaitu Mohd Arif Azri bin Bahaman melaungkan persetiaan pengakap sebelum acara dimulakan.Guru pengakap iaitu En.Abd Razak dan Mohd Azhar bin Samion bergerak aktif menjalankan aktiviti pengakap Sk.Gombang. Murid-murid juga didedahkan dengan teori dan undang-undang pengakap.
Sekolahku Kebanggaanku
Waktu Solat
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Sekolahku Kebanggaanku
08 Februari 2012
HARI KOKURIKULUM SETIAP RABU TAHUN 2012
Setiap hari Rabu, warga Sk.Gombang mengadakan aktiviti gerak kerja badan beruniform.Masa yang dikhaskan hanya 1 masa sahaja iaitu pada pukul 7.30 am hingga 8.00 am.Murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai uniform lengkap pada hari tersebut.Sk.Gombang menjadikan pengakap sebagai satu badan uniform yang mencerminkan pendisiplinan diri yang tertib.Aktiviti kawad kaki,laung agung dan nyanyian disulamkan dalam gerak kerja ini.Pengerusi pengakap kanak-kanak iaitu Mohd Arif Azri bin Bahaman melaungkan persetiaan pengakap sebelum acara dimulakan.Guru pengakap iaitu En.Abd Razak dan Mohd Azhar bin Samion bergerak aktif menjalankan aktiviti pengakap Sk.Gombang. Murid-murid juga didedahkan dengan teori dan undang-undang pengakap.
07 Februari 2012
Program Bacaan Yassin dan Tazkirah Sk.Gombang 2012 Bersama Uztazah Murni
Setiap hari Jumaat iaitu penghulu segala hari,warga sekolah berhimpun di surau sekolah sama-sama menghayati keindahan kalimah Yassin dan mendengar tazkirah penuh wadah yang di sampaikan Uztazah Zainura Omar.Semoga program ini menghadirkan keberkatan kepada seisi warga sekolah dan kejayaan sekolah.Program ini juga disulami dengan solat hajat memohon dan menadah kepadaNya keampunan serta kejayaan yang gemilang dalam apa jua penilaian.Murid-murid menggarap nota dan menghayati minda santapan rohani yang disampaikan oleh ustazah.Segala wadah ilmu dan pengetahuan dikongsi bersama supaya meninggalkan kesan yang mendalam dan senjata pengajaran dalam kehidupan.Usaha Maju Jaya.Insya Allah.
05 Februari 2012
Penilaian Baik Pulih Padang RMK ke-9 2012
Pemantauan dan penilaian baik puih padang RMK ke 9 telah dijalankan oleh pegawai PPD dan JPN ke sekolah Sk.Gombang pada tanggal 3.2.2012.Status baik pulih padang setakat ini masih lagi belum siap sepenuhnya namun pengemaskinian pada tahap akhir akan dijalankan mungkin tidak lama lagi .Keadaan permukaan padang masih lagi berbonggol-bonggol dan tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti ko kurikulum.Apa pun pihak sekolah mengharapkan agar keadaan ini dapat disegerakan dan disempurnakan demi kesejahteraan murid apatah lagi dasar 1M1S perlu dilaksanakan di sekolah.
PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME PIBG PARLIMEN PAGOH 2012
Pada 4.02.2012 yang lalu pihak sekolah telah menghantar empat orang wakil iaitu En.Amir bin Buang sebagai Guru Hem Sk.Gombang, En.Mohd Azhar bin Samion wakil guru,Pn.Norela bte Ismail selaku Yang Dipertua PIBG dan En.Ismail bin Abdullah untuk mengahadiri satu diskusi atau seminar pemantapan Profesionalisme PBG bawah anjuran Parlimen Pagoh bersama PPD Muar dan Yayasan Nurul Yaqeen.Sasaran utama program ini sebenarnya adalah kepada ahli jawatankuasa tertinggi PIBG dari 34 buah sekolah di Parlimen Pagoh.
Fokus utama ialah melahirkan ramai warga PIBG cemerlang yang bakal melengkapi matlamat penting ibu bapa dan pihak sekolah iaitu membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah.Program ini telah menjemput khas YBhg.Tuan Hj.Hushim bin Salleh iaitu Penceramah Bebas dan Kaunselor Berdaftar Hushim Motivasional & Counselling Concultancy.Beliau telah memberikan banyak wadah yang berfokuskan Kepimpinan Efektif dan Perancangan Strategik.Sebenarnya ketua sekolah dan ketua ibu bapa perlu ada komitmen bersama dan ikhlas bekerja demi mencapai objektif sesebuah organisasi yang cemerlang.Kasih sayang perlu dipupuk antara ahli dan ketua.Itu yang penting menjadikan segalanya berjalan dengan teliti dan sempurna.Insya Allah...
01 Februari 2012
Minggu Transisi 2012 Tahun 1 Sk.Gombang



Tahun 2012 tahun yang mencatatkan sejarah bagi Sk.Gombang kerana tahun ini murid tahun 1 hanya seorang sahaja.Shahrizan bin Norizan murid yang bertuah dan hanya murid ini sahaja yang menjadi fokus KSSR 2012.Walaupun hanya seorang ...namun semangat guru SK.Gombang tidak pernah luntur untuk terus berkhidmat dan mengajar.Usaha Maju Jaya.
LDP KSSR 2012
Awal tahun 2012, LDP KSSR telah dijalankan dengan semua mata pelajaran difokuskan.Setiap guru yang terlibat dengan kursus KSSR akan menyampaikan kembali input yang diperolehi kepada guru-guru Sk.Gombang agar dapat lebih memahami dan meneruskan agenda P&P dengan lebih berkesan.Setiap guru memberikan pandangan dan interpretasi agar LDP lebih tercapai dan ojektif yang dicari dapat dikongsi bersama.
Watiqah Pelantikan Pengawas SK.Gombang
Sebagai pengawas yang bakal menjalankan tugas mengawas dan membantu guru menguruskan disiplin sekolah amat diperlukan.Watiqah pelantikan 2012 telah memilih pelajar yang betul-betul memberikan komitmen kepada sekolah.Disiplin yang sifar agar terus sifar.
Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.Gigih dan berusaha memajukan anak bangsa.Sk.Gombang terus unggul dan berdaya saing dengan sekolah bandar yang lain.Usaha Maju Jaya.Pengajaran yang efektif menjamin keberkesanan dan kefahaman murid semasa dalam kelas.Kelas dan suasana kondusif sedang diatur untuk menceriakan dan menarik minat murid untuk belajar.
Lafaz janji UPSR telah dilaksanakan oleh pelajar SK.Gombang 2012 di hadapan ibu bapa masing-masing.Janji mesti dikuota.Target cemerlang 5A dan cemerlang sahsiah menjadi harapan menggunung tinggi dalam tekad sanubari pelajar ini.Semoga genggaman kejayaan akan digapai.Usaha Maju Jaya.
04 Januari 2012
Persediaan dan Pemantauan 2012

Warga Sk.Gombang sibuk bergotong-royong untuk mengemaskinikan kelas dan bilik-bilik khas.Pemantauan awal tahun oleh pihak PPD juga dijalankan agar perjalanan sesi persekolahan 2012 dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Usaha Maju Jaya.
02 Januari 2012
Simfoni Keazaman Baru...

Tinggalkan kenangan lipatan yang lama...buka satu lembaran baru...2012 menjelma kini..keazaman dan tekad baru dipupuk kini...warga pendidik Sk.Gombang perlu bangkit dan bangun menyemarakkan sinar harapan demi kecemerlangan pada tahun ini...Insya Allah jika kita bersatu hati demi anak-anak bangsa...ikhlas di sanubari..pasti kejayaan milik kita...amiraditrana pekaca sentiasa berdoa seiring dengan usaha menggapai bintang memetik impian...SK.GOMBANG terus maju dalam kegemilangan...
Langgan:
Catatan (Atom)
AL-QURAN DAN HADITH
Labels/Tags
1Malaysia
31 Ogos
aidilfitri
Al Quran
astronomi
banjir
banjir 2011
banjir kg gombang
bantuan
bapa kemerdekaan
buku pelawat
comment
dedikasi
duit raya
exam
gerai
gotong-royong
guestbook
guru pembina negara bangsa
Hajar Aswad
hari guru
hari kantin
hari kecemerlangan
hari raya
hari terbuka
ikan keli
ilmu
India
jalan raya
jualan
Kaabah
ke-53
kempen
kg gombang
kg gombang banjir
kit alat tulis
komen
laungan kemerdekaan
laungan merdeka
Maharaja India
merdeka
Neil Amstrong
pantun
pantun raya
parlimen pagoh
pelajar cemerlang
penempatan banjir
peperiksaan
peperiksaan akhir tahun
pkjr
Provinsi Riau
puasa
pusat bumi
Ramadhan
raya
rehat
rezeki
saat akhir
selamat
sk gombang
SOSEK MALINDO
Sosio Ekonomi Malaysia IndonesiTwin School
Syurga
tabiat
tema
tips
tumpuan
Tunku Abdul Rahman
ubat
uppm 2
uppm 3
upsr
upsr 2010
yakin