TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN MAYA SK GOMBANG
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Sekolahku Kebanggaanku

Sekolahku Kebanggaanku

28 September 2009

Selamat Kembali Bertugas Sambil Beraya :)

Assalamualaikum...
Ramadhan yang penuh barakah telah pun meninggalkan kita dan insya Allah semoga kita akan berkesempatan untuk Ramadhan yang akan datang.
Dah seminggu beraya pastinya badan masing-masing naik lemau dengan kuih raya :D Namun harapannya kita semua bersyukur dan bergembira dengan kurniaan Allah Yang Maha Penyayang untuk kita semua ummat Islam seluruh dunia.
Meskipun bau kuih raya masih lagi melekat dan melekit :) tapi tugas perlu diteruskan baik guru mahupun pelajar, marilah kita bersama-sama terus mengembeling tenaga untuk kejayaan peperiksaan yang mendatang (khususnya) dan kejayaan di dunia dan akhirat (amnya).
Selamat kembali bertugas, mengajar dan belajar untuk semua.


20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya...hari untuk kita bersukaria...selamat kami ucapkan...untuk kita hingga samapai tahun depan...selamat hari raya... :D

17 September 2009

CUTI KHAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Berita gembira buat semua warga sekolah seluruh Malaysia esok (18/09/2009) diishtiharkan Cuti Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Ini membolehkan mereka yang jauh di perantauan dapat merancang perjalanan dengan lebih baik, dan bagi mereka yang belum membuat persiapan untuk menyambut Hari raya Aidilfitri pula dapat memanafaatkan masa yang ada untuk membuat persiapan terakhir. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan meriah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Assalamualaikum... Raya dah dekat. Puasa dah hampir meninggalkan kita. Kita renung-renungkan kembali segala amalan yang telah kita lakukan, apakah amalan kita diterima oleh Allah Azza Wa Jalla?
Berdoalah kita semoga dengan rahmatNYA segala amalan baik kita diterima dan diampunkan segala dosa.

Masa yang telah berlalu tak mungkin kan kembali. Peluang Ramadhan yang masih ada untuk tahun ini perlu kita manafaatkan sebaik-baiknya kerana belum pasti kita akan dapat menyambut Ramadhan akan datang.

Petikan daripada sebuah hadith Rasulallah Sallallahu Alaihi Wasallam rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit
Kaya sebelum Miskin
Hidup sebelum Mati

SELAMAT BERCUTI
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SELURUH WARGA SK GOMBANG

08 September 2009

UPSR KEMBALI LAGI...



SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

Tahun Satu = Perlu ditunggu

Tahun Dua = Dah suka

Tahun Tiga = Makin ceria

Tahun Empat = Tambah erat
Tahun Lima = Usaha bersama-sama
Tahun Enam = Tak boleh duduk diam (sebab kena ulangkaji untuk peperiksaan daa...)
moga-moga usaha selama hampir enam tahun membuahkan hasil yang membanggakan... ^_^


"Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan rahmatMu Yang Maha Agung, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada semua anak didik kami dalam peperiksaan UPSR ini. Teguhkanlah dan tambahkanlah iman kami seiring bertambahnya ilmu kami ya Allah. Golongkanlah kami di dalam golongan orang yang sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat."

UPSR 2009

Hari ni, murid2 tahun 6 nula periksa.....
cikgu2 yang lebih2 risau, mana taknye...
murid bila dah abis periksa diorang dah lega.
yg cikgu plak sibuk2 nak tanda jawapan budak,
selang tak lama nanti, bila keputusan nak keluar lagi la kcut perut!!!
klau keputusan ok, cikgu senyum lebar.......
klau tak ok, nak jawab camne ni???????????

31 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"1 Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan"


Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke 52.
Pastinya anda juga menonton siaran sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 yang berlangsung di hadapan Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pagi tadi.
Walaupun sambutan kali ini sederhana sahaja namun inilah yang terbaik pada bulan Ramadhan yang mulai ini.
Sedar atau tidak sepertiga pertama Ramadhan sudahpun berlalu. Tetaplah kita beribadah berterusan di bulan penuh rahmat ini yang belum pasti akan berulang buat kita.
Sentiasalah kita berdoa dan berusaha semoga suasana aman dan harmoni yang kita kecapi ini akan berterusan selama-lamanya.
Segala yang ada tidak mampu kita kekalkan tanpa semangat cintakan agama, bangsa dan negara serta sokongan padu seluruh rakyat Malaysia juga.


1 Malaysia


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

23 Ogos 2009

Alahamdulillah... Selamat Berpuasa :) ^_^ :) ^_^ :) ^_^

Ramadhan Al Mubarak, kehadiranmu dinantikan. Kurniaan ALLAH Yang Maha Esa untuk para umat Muhammad Rasulallah, umat akhir zaman. mari kita bersama-sama menggandakan amalan di bulan ini dan berusaha sedayanya mendapatkan Lailatul Qadr yang istimewa.
Selamat berpuasa... :) ^_^

20 Ogos 2009

Kampus ASTRO di PEKEMBAR Pagoh



Assalamualaikum... hari ini, 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430H, di PEKEMBAR Pagoh berlangsungnya Program Kampus ASTRO khas untuk murid-murid sekolah daerah Muar. Program-program seumpama ini diharapkan dapat membuka minda serta menjana pemikiran saintifik melangkaui kaedah pembelajaran yang biasa. Kaedah yang menggabungkan lebih banyak penggunaan pancaindera dalam pembelajaran sememangnya telah terbukti lebih berkesan berbanding kaedah yang lain. bersama-sama kita memanafaatkan kemudahan yang ada dan jangan disalahgunakan... Selamat maju jaya... :)


18 Ogos 2009

UPPM 4 bermula hari ini


UPSR semakin hampir, segala persiapan terakhir perlu di mantapkan dalam mengejar Misi Kecemerlangan UPSR 2009. Mari kita bersama-sama berganding bahu menjayakan misi ini secara langsung ataupun tidak. Untuk berjaya sentiasalah amalkan D. U. I. T.

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.

12 Ogos 2009

Solat Hajat Perdana

Esok malam, ramai yang akan sama-sama mendoakan kejayaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR di daerah Muar ni khususnya. Besarlah harapan kami agar yang hadir nanti dapat memohon seikhlas hati demi kejayaan anak-anak didik kami.
Semoga majlis solat hajat bukan sahaja memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6, malah memberi sejuta kebaikan kepada semua kita yang beriman, Insya Allah.

Anda pelawat ke...

utusan beritaharian Metro tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini TranungKite keadilan NST Harakah jazeera jazeera MyKKK

AL-QURAN DAN HADITH