Sekolahku Kebanggaanku

Waktu Solat
VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Sekolahku Kebanggaanku

27 Februari 2012
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012 PERINGKAT SEKOLAH
Tanggal
24/2/2012 warga Sk.Gombang telah mengadakan sambutan Maulidurrasul tahun 1433 hijrah.Sambutan ini mencetuskan semangat muhibbah dan silaturrahim kepada mer
eka.Terima kasih kepada Guru Besar Sk.Gombang yang turut serta dalam perarakan maulidurrasul tersebut.Semoga kasih sayang antara warga dan anak-anak murid terjalin lebih erat.Tiada rasa gundah gulana di hati.Bermula pada awal pagi santapan rohani disajikan oleh Ustazah Zainura bte Umar dengan intipati perjuangan Rasulullah sebagai idola.Kemudian perarakan dari masjid Jamek Kampung Gombang melalui pesisiran sungai Gombang dan seterusnya menuj
u ke sekolah.Membawa sepanduk sambil melaungkan selawat ke atas Junjungan Penghulu Segala Umat dapat memeriahkan suasana sekeliling.Seterusnya sambutan dilanjutkan lagi dengan pertandingan laungan Azan oleh murid-murid Sk.Gombang dan pertandingan irama padang pasir semua kelas.Ucapan guru besar dan bacaan selawat
mengakhiri majlis.Semoga perencanaan sambutan ini lebih bermakna lagi pada tahun hadapan.
PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2012
Nilam,Nilam Anugerah Nilam,Menerangi jalan suram,Nilam,Nilam,AnugerahNilam,Idaman pembaca jaya....begitulah bait frasa dalam lirik irama NILAM yang dinyayikan oleh murid-murid Sk.Gombang bagi menyemarakkan lagi Pelancaran Program Ni
lam peringkat Sk.Gombang.Tanggal 27.2.2012 adalah tarikh yang direncanakan untuk pelanca
ran program Nilam peringkat sekolah yang telah disempurnakan oleh Hjh.Normah bte Hasshim Guru Besar Sk.Gombang di tapak kejat perhimpunan sekolah.Murid-murid merasa bangga dan bersemangat untuk menjayakan program ini bagi tahun 2012. Apa yang menarik sebenarnya program ini merupakan
penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Pelancaran program tersebut diserikan lagi dengan bacaan puisi '' Sinar Ilmu" yang dideklamasikan oleh adik Hairie bin Mahpop pelajar tahun 5 dengan iringan muzik.Selanjutnya pelajar dan guru-guru diberi senaskhah buku untuk menatap selama 5 minit tanda gimik pelancaran program tersebut.Murid-murid berjanji akan mengotakan sanubari melunaskan pembacaan masing-ma
sing ke tahap peringkat NILAM iaitu 360 buah ke atas.Semoga apa yang direncanakan melahirkan
bibit-bibit kecemerlangan agar ilmu menjadi nadi kehidupan sepanjang hayat.Usaha Maju Jaya.
23 Februari 2012
PEMERIKSAAN DAN RAWATAN GIGI 2012
Klinik Kesihatan Lenga telah membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada murid-murid Sk.Gombang.Pegawai kesihatan menasihatkan kepada murid-murid agar m
enjaga butir-butir gigi dengan baik.Anugerah Allah yang tidak ada celanya perlu dipelihara dan diselenggara dengan baik.Murid-murid menjalani pemeriksaan dari tahun satu hingga ke tahun
6.Rekod dan pemeriksaan gigi disimpan dan dijadikan bahan rujukan.Dengan adanya kesihatan yang sempurna perjalanan hidup sempurna dan pencarian ilmu tidak terganggu.Usaha Maju Jaya.
16 Februari 2012
JURI NILAM 2012
Anugerah NILAM merupakan platform pemberian insentif.Penganugerahan ini diberi berdasarkan ketekunan murid memupuk dan mengamalkan tabiat membaca yang cemerlang.Secara
simboliknya, penganugerahan ini diharapkan akan turut menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk meningkatkan pengalaman tabiat membaca ke tahap cemerlang.Pada 14 dan 15 Feb 2012 telah dijalankan penilaian kepada peserta-peserta NILAM peringkat Daerah Muar.Untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik memberikan cabaran kepada para juri yang telah dilantik khas oleh pihak PKG. Majlis Anugerh Tokoh NILAM yang diadakan di PKG Parit Bunga,Ledang atas anjuran PPD Muar dengan kerjasama PKG Daerah Muar/Ledang telah berjaya menggilap dan melahirkan Tokoh NILAM yang berkualiti untuk ke Peringkat Negeri pada 21-23 Feb 2012.En.Amir bin Buang dari sekolah Kebang
saan Gombang telah diberi kepercayaan sebagai salah seorang juri penemuduga tokoh NILAM. Insya Allah pengalaman beliau ini akan dijadikan sebagai pemangkin untuk melahirk
an Tokoh Nilam di peringkat Sekolah Kebangsaan Gombang dan seterusnya dapat mewakili ke peringkat daerah.Usaha Maju Jaya.
13 Februari 2012
Kualiti Mutu Kerja Perjumpaan 5 Minit
Setiap hari Isnin setelah selesai majlis perhimpunan mingguan, Guru Besar akan mengadakan sesi perjumpaan 5 minit refresh minda dan menyampaikan wadah informasi tentang P&P.Hjh.Normah bte Hasshim mengambil berat tentang keadaan sekolah dalam semua aspek agar dapat bertautan seiringan dengan takwim yang dirancang. Dalam segenap sudut iaitu akademik,disiplin,keceriaan dan E-Pembelajaran disentuh u
ntuk memas
tikan kelancaran proses pendidikan di Sk.Gombang.Beliau juga menekankan tahap pencapaian terkini murid-murid, adakah melangkaui TOV ataupun tidak berubah menjadi fokus un
tuk merealisasikan kecemerlangan murid-murid.Guru-guru diminta
membuat laporan ringkas setiap aspek yang dipertanggungjawabkan.Insya Allah langkah dan inisiatif ini dapat berterusan demi kecemerlangan bersama.Usaha Maju Jaya.
Allah Selamatkan Kamu...
Pada 13/02/2011 warga sekolah Sk.Gombang meraikan ulang tahun kepada guru-guru yang menyambut hari jadi pada bulan Januari 2012.Selamat Hari Jadi kepada Pn.Hjh.Normah binti Hasshim Guru Besar Sk.Gombang,Pn.Normawati bte Mohammad,En.Mohd Zaki bin Ismail dan Pn.Norilyani bte Ahmad Mustafa.Walaupun majlis ringkas hanya beberapa minit semasa perhimpunan mingguan,ia memberikan impak yang mendalam kepada warga sekolah.Semoga kasih sayang kami terjalin erat dan penuh kesepakatan dalam menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa.En.Abd Razak sebagai peneraju Kelab Bilik Guru Sk.Gombang memainkan peranan menggerakkan aktiviti kelab agar aktif dan berdaya mencapai objektif kelab.Kek dan cenderamata hasil sumbangan Kelab Bilik Guru memeriahkan lagi suasana dan nyanyian "Allah selamatkan kamu..."Semoga cikgu-cikgu dipanjangkan umur dan dilimpahkan keberkatan hendaknya...insya Allah.
08 Februari 2012
HARI KOKURIKULUM SETIAP RABU TAHUN 2012
Setiap hari Rabu, warga Sk.Gombang mengadakan aktiviti gerak kerja badan beruniform.Masa yang dikhaskan hanya 1 masa sahaja iaitu pada pukul 7.30 am hingga 8.00 am.Murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai uniform lengkap pada hari tersebut.Sk.Gombang menjadikan pengakap sebagai satu badan uniform yang mencerminkan pendisiplinan diri yang tertib.Aktiviti kawad kaki,laung agung dan nyanyian disulamkan dalam gerak kerja ini.Pengerusi pengakap kanak-kanak iaitu Mohd Arif Azri bin Bahaman melaungkan persetiaan pengakap sebelum acara dimulakan.Guru pengakap iaitu En.Abd Razak dan Mohd Azhar bin Samion bergerak aktif menjalankan aktiviti pengakap Sk.Gombang. Murid-murid juga didedahkan dengan teori dan undang-undang pengakap.
07 Februari 2012
Program Bacaan Yassin dan Tazkirah Sk.Gombang 2012 Bersama Uztazah Murni
Setiap hari Jumaat iaitu penghulu segala hari,warga sekolah berhimpun di surau sekolah sama-sama menghayati keindahan kalimah Yassin dan mendengar tazkirah penuh wadah yang di sampaikan Uztazah Zainura Omar.Semoga program ini menghadirkan keberkatan kepada seisi warga sekolah dan kejayaan sekolah.Program ini juga disulami dengan solat hajat memohon dan menadah kepadaNya keampunan serta kejayaan yang gemilang dalam apa jua penilaian.Murid-murid menggarap nota dan menghayati minda santapan rohani yang disampaikan oleh ustazah.Segala wadah ilmu dan pengetahuan dikongsi bersama supaya meninggalkan kesan yang mendalam dan senjata pengajaran dalam kehidupan.Usaha Maju Jaya.Insya Allah.
05 Februari 2012
Penilaian Baik Pulih Padang RMK ke-9 2012
Pemantauan dan penilaian baik puih padang RMK ke 9 telah dijalankan oleh pegawai PPD dan JPN ke sekolah Sk.Gombang pada tanggal 3.2.2012.Status baik pulih padang setakat ini masih lagi belum siap sepenuhnya namun pengemaskinian pada tahap akhir akan dijalankan mungkin tidak lama lagi .Keadaan permukaan padang masih lagi berbonggol-bonggol dan tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti ko kurikulum.Apa pun pihak sekolah mengharapkan agar keadaan ini dapat disegerakan dan disempurnakan demi kesejahteraan murid apatah lagi dasar 1M1S perlu dilaksanakan di sekolah.
PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME PIBG PARLIMEN PAGOH 2012
Pada 4.02.2012 yang lalu pihak sekolah telah menghantar empat orang wakil iaitu En.Amir bin Buang sebagai Guru Hem Sk.Gombang, En.Mohd Azhar bin Samion wakil guru,Pn.Norela bte Ismail selaku Yang Dipertua PIBG dan En.Ismail bin Abdullah untuk mengahadiri satu diskusi atau seminar pemantapan Profesionalisme PBG bawah anjuran Parlimen Pagoh bersama PPD Muar dan Yayasan Nurul Yaqeen.Sasaran utama program ini sebenarnya adalah kepada ahli jawatankuasa tertinggi PIBG dari 34 buah sekolah di Parlimen Pagoh.
Fokus utama ialah melahirkan ramai warga PIBG cemerlang yang bakal melengkapi matlamat penting ibu bapa dan pihak sekolah iaitu membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah.Program ini telah menjemput khas YBhg.Tuan Hj.Hushim bin Salleh iaitu Penceramah Bebas dan Kaunselor Berdaftar Hushim Motivasional & Counselling Concultancy.Beliau telah memberikan banyak wadah yang berfokuskan Kepimpinan Efektif dan Perancangan Strategik.Sebenarnya ketua sekolah dan ketua ibu bapa perlu ada komitmen bersama dan ikhlas bekerja demi mencapai objektif sesebuah organisasi yang cemerlang.Kasih sayang perlu dipupuk antara ahli dan ketua.Itu yang penting menjadikan segalanya berjalan dengan teliti dan sempurna.Insya Allah...
01 Februari 2012
Minggu Transisi 2012 Tahun 1 Sk.Gombang



Tahun 2012 tahun yang mencatatkan sejarah bagi Sk.Gombang kerana tahun ini murid tahun 1 hanya seorang sahaja.Shahrizan bin Norizan murid yang bertuah dan hanya murid ini sahaja yang menjadi fokus KSSR 2012.Walaupun hanya seorang ...namun semangat guru SK.Gombang tidak pernah luntur untuk terus berkhidmat dan mengajar.Usaha Maju Jaya.
LDP KSSR 2012
Awal tahun 2012, LDP KSSR telah dijalankan dengan semua mata pelajaran difokuskan.Setiap guru yang terlibat dengan kursus KSSR akan menyampaikan kembali input yang diperolehi kepada guru-guru Sk.Gombang agar dapat lebih memahami dan meneruskan agenda P&P dengan lebih berkesan.Setiap guru memberikan pandangan dan interpretasi agar LDP lebih tercapai dan ojektif yang dicari dapat dikongsi bersama.
Watiqah Pelantikan Pengawas SK.Gombang
Sebagai pengawas yang bakal menjalankan tugas mengawas dan membantu guru menguruskan disiplin sekolah amat diperlukan.Watiqah pelantikan 2012 telah memilih pelajar yang betul-betul memberikan komitmen kepada sekolah.Disiplin yang sifar agar terus sifar.
Langgan:
Catatan (Atom)
AL-QURAN DAN HADITH
Labels/Tags
1Malaysia
31 Ogos
aidilfitri
Al Quran
astronomi
banjir
banjir 2011
banjir kg gombang
bantuan
bapa kemerdekaan
buku pelawat
comment
dedikasi
duit raya
exam
gerai
gotong-royong
guestbook
guru pembina negara bangsa
Hajar Aswad
hari guru
hari kantin
hari kecemerlangan
hari raya
hari terbuka
ikan keli
ilmu
India
jalan raya
jualan
Kaabah
ke-53
kempen
kg gombang
kg gombang banjir
kit alat tulis
komen
laungan kemerdekaan
laungan merdeka
Maharaja India
merdeka
Neil Amstrong
pantun
pantun raya
parlimen pagoh
pelajar cemerlang
penempatan banjir
peperiksaan
peperiksaan akhir tahun
pkjr
Provinsi Riau
puasa
pusat bumi
Ramadhan
raya
rehat
rezeki
saat akhir
selamat
sk gombang
SOSEK MALINDO
Sosio Ekonomi Malaysia IndonesiTwin School
Syurga
tabiat
tema
tips
tumpuan
Tunku Abdul Rahman
ubat
uppm 2
uppm 3
upsr
upsr 2010
yakin